berita

Tersentuh Lihat Pelanggan, Cikgu Murah Hati Beri ‘Diskaun’ Phone, Tab & Headphone Cuma RM90

March 5th, 2021 | by Shafika
Kini Trending

Di Facebook, seorang guru dikenali sebagai  Mohd Fadli Salleh kongsi kisah seorang ibu yang berkunjung ke kedai gadget miliknya untuk membeli tablet buat anaknya. Menurut wanita itu dia terpaksa membeli tablet kerana kedua anaknya sangat memerlukan untuk pembelajaran mereka.

Namun netizen tersentuh apabila Fadli memberi ‘diskaun’ kepada ibu tersebut.

Anak masalah penglihatan

(sekadar gambar hiasan)

Tengahari tadi staff call, “Cikgu. Tadi ada seorang akak ni datang. Dia jalan pakai tongkat. Datang dengan anak dia nak beli tab. Dia juga merupakan asnaf. Dia minta kurang, boleh bagi berapa cikgu?”. “Suruh dia balik dulu. Nanti datang jam 6 petang, call dia suruh datang bila cikgu ada”.

Staff aku minta akak tu balik dulu. Dan sebaik aku sampai kedai, staff aku call akak tu suruh datang. Lebih kurang setengah jam kemudian, seorang wanita bertudung labuh kelihatan terhenjut-henjut memasuki kedai dengan tongkatnya. Dia sampai bersama dua orang anak perempuannya.

Menurut wanita ini, dia terpaksa membelikan anaknya tablet kerana anak pertamanya mempunyai masalah mata dan sedang belajar di sekolah pendidikan khas. Manakala anak kedua pula mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini dan suami pula sakit menyebabkan mereka hilang punca pendapatan.

Aku keluarkan tab dan check. Aku tanya, “Anak yang SPM ni tak perlu pakai phone ke? Banyak tugasan dan kelas online juga sekarang”. “Tak apalah cikgu. Biar mereka bergilir sahaja”. Aku keluarkan handphone Redmi satu. Kemudian tulis resit kedua-dua ni.

Menangis terharu

(sekadar gambar hiasan)

“Cikgu. Berapa nak kena bayar ni? Akak tak ada duit,” cemas dah akak tu. “Meh sini”, kataku. Aku bawa mereka tempat headphones pula. Ambil dua headphones yang berharga RM50 satu. Semua barang aku bawa ke kaunter pembayaran. “Afiq. Key in headphones ni. Bagi diskaun RM10”, arahku. “Cikgu, tak payah headphones tu. Telefon pun tak payah. Tab sahaja. Tu pun saya tak mampu bayar penuh”, ujar akak tu cemas.

Kemudian, cikgu ini memberi harga RM90 untuk kesemua barang yang dibeli dengan niat sedekah. Tablet dan telefon hanya diberi sahaja secara percumaa. Wanita ini kelihatan tersenyum disebalik facemask.

Menggigil akak tu hulur RM100. Dipegang bahu anak perempuan dia, airmata mula laju membasahi pipi. Orang lalu lalang pandang dah. Dia tak peduli. “Cikgu. Saya tak mampu nak balas apa yang cikgu buat ni,” katanya dengan esakan. “Tak apa. Rezeki akak ada pada kami. Ambillah. Belajar elok-elok ya,” pesan aku pada anak-anak dia.

Anak-anak tadi hanya mengangguk dan masih terkejut dengan perkhabaran gembira itu. Wanita itu berkali-kali mengucapkan terima kasih dan masih mengalirkan air mata.

Aku nak bantu semua orang dengan duit poket aku, tak mampu juga. Mujur ada kawan-kawan yang selalu kirim sumbangan melalui aku dan Dana Kita. Khas untuk kes-kes begini. Aku keluar sikit, kawan-kawan rapat kirim sikit, kedai aku sponsor sikit, kiriman kawan-kawan melalui Dana Kita topup sikit. Alhamdulillah, cukup untuk membantu satu keluarga petang ini.

Sumber : Mohd Fadli Salleh

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×