Gambar sekadar hiasan
Seorang lelaki ditemui mati tergantung di dalam bilik tidurnya pada 11 Julai lalu dipercayai akibat mengalami tekanan kewangan.
Artikel Berkaitan: Mayat Lelaki Ditemui Di Bilik Hotel Dalam Keadaan Telanjang & Kepala Dipenggal
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Wanita Hidap 5 Jenis Gangguan Mental Dedah Jadi ‘Hamba Seks’ Abang Ipar, Nyaris Bunuh Diri
3 bulan merantau
Gambar sekadar hiasan
Memetik laporan Kompas.com, perkahwinan pasangan pengantin di Jawa Timur, Indonesia bertukar menjadi pilu apabila ayah kepada pengantin perempuan membunuh diri sehari sebelum majlis perkahwinan.
Menurut Ketua Polis Semen, Suwarningsih berkata mayat lelaki itu ditemui oleh salah seorang anaknya yang berusia empat tahun.
Mangsa menggantungkan diri menggunakan kain pelikat.
Hasil pemeriksaan pada tubuh mayat mendapati, tiada sebarang unsur keganasan ditemui, justeru itu pihak polis mengesahkan kematian adalah disebabkan tindakan bunuh diri. Keluarga mangsa juga enggan melakukan bedah siasat.
Berdasarkan siasatan polis dan kenyataan keluarga, lelaki berusia 51 tahun itu baru sahaja pulang ke rumah selepas tiga bulan bekerja sebagai buruh binaan di Kalimantan. Dia pulang ke rumah kerana mahu mengahwinkan anaknya.
Difahamkan masalah timbul apabila isteri mangsa mendesak untuk mengadakan majlis secara besar-besaran sedangkan mangsa tidak mahu terbeban dengan masalah kewangan.
Mangsa kemudian bertindak mengakhiri hidupnya sendiri akibat tidak tahan menanggung hutang yang bertimbun.
Walau bagaimanapun, perkahwinan anak mangsa tetap diteruskan kerana pada masa yang sama keluarga sedang melakukan persiapan majlis.
Pada hari perkahwinan, pasangan mempelai itu mengadakan akad nikah disebelah jenazah bapanya sebelum pengebumian.
Sumber: Kompas.com