Pelakon dan pengacara terkenal, Noor Neelofa Mohd. Noor atau lebih dikenali sebagai Neelofa merancang untuk menunaikan haji keduanya pada 4 Ogos lalu bersama ibu dan dua orang adik lelakinya. Kali pertama Neelofa menunaikan rukun Islam kelima ini adalah pada tahun 2016.
Menerusi laporan Astro Awani, perjalanan Neelofa dan jemaah haji yang lain terpaksa ditunda selama dua hari gara-gara masalah visa yang dihadapi.
Tak dapat berangkat, masalah visa
Menurut usahawan tudung itu, menerusi perkongsian di Instagram storiesnya, Neelofa memanjatkan rasa syukur kerana ramai pihak yang sudi menolongnya menyelesaikan masalah visa tersebut.
Ramai yang sudi membantu dan selesaikan dengan penuh ikhlas. Tak pasti jika tuan-tuan badan bagi keizinan untuk saya sebut satu persatu, dengan bantuan mereka Allah permudahkan saya untuk menjadi tetamu-Nya buat kali kedua.
Alhamdulillah selepas hampir dua hari, akhirnya masalah visa diselesaikan dan insya-Allah akan ke Makkah esok.
Walau bagaimanapun, perkongsian yang dibuat di Instagram stories miliknya telah dipadamkan selepas beberapa minit ianya dikongsikan.
Hati-hati dengan travel broker
Pada hari ini juga menerusi Instagram stories Neelofa menasihatkan bakal para jemaah haji supaya berhati-hati dengan travel broker yang ingin bekerjasama untuk memastikan proses yang lancar dan untuk mengelakkan daripada berlakunya sebarang kejadian yang tidak diingini.
Hal ini kerana, proses ini adalah satu proses yang rumit dan sebagai jemaah haji kita perlu faham akan proses tersebut dan sebolehnya mengumpul maklumat daripada orang yang berpengalaman.
Dengan kesempatan itu juga Neelofa mengucapkan terima kasih kepada Kedutaan Arab Saudi di Kuala Lumpur, Pejabat Kaunseling Islam kerana membantunya menyelesaikan masalah visa. Neelofa juga mengucapkan terima kasih kepada rakan selebriti, Zizan Razak serta Perunding Haji Furada (PPHF) kerana membimbingnya kepada saluran yang betul.
Sumber: Astro Awani