Menjadi perkara biasa pasangan berkahwin untuk mengimpikan anak-anak yang datang ‘sepasang’ iaitu anak lelaki dan anak perempuan.
Luluhnya hati seorang ibu yang sekian lama menunggu anak lelaki dan akhirnya dianugerahkan ‘hero’, namun dijemput ilahi ketika berumur 5 bulan 20 hari.
Redha dengan ketentuan ilahi
Menerusi perkongsian pengguna Hani Aisya di laman TikTok, hatinya hancur selepas dihubungi pihak taska dan dimaklumkan bahawa anak bongsunya itu meninggal dunia di dalam tidur.
Menurutnya, dia terkilan kerana anak bongsunya, Aariz Nuh sepatutnya dapat merasai makanan pertamanya dalam masa 10 hari lagi, namun dijemput ajal.
Meskipun itu, Hani masih menzahirkan rasa syukur kerana dapat mendakap anaknya itu buat kali terakhir.
Masa ni langkah kaki macam melayang, hati mama kosong…lagi 10 hari nak makan, tapi Allah jaga adik lebih baik.
Lebih menyayat hati lagi, bayi tersebut juga ‘pergi’ pada tanggal seminggu sebelum hari ulang tahun kelahiran suaminya, namun pasangan itu tetap redha dengan ketentuan ilahi.
Netizen pilu
Perkongsian tersebut kini telah mendapat lebih 200 ribu tontonan, dan menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen pilu membaca kisah yang dikongsikan itu, dan mendoakan agar seluruh ahli keluarga Hani bertabah.
Sumber: TikTok Hani Aisya