berita

Teruja Banglo Baharu Dah Siap, Che Ta Rahsiakan Jumlah Baju Raya

May 4th, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Setiap kali sambutan Hari Raya Aidilfitri, pelakon Rozita Che Wan atau lebih mesra disapa Che Ta sentiasa tampil meriah dengan menyediakan lebih dari satu tema warna baju raya.

Artikel Berkaitan: Tampil Dengan Imej Sarung ‘Net’ Batu Berlian, Che Ta Digelar Kim K Versi Muslimah – ‘Saya Boleh Bernafas Ada Lubang Udara’

Artikel Berkaitan: ‘Che Ta Pergi Sekolah Pun Pakai Sarung Kaki, Lepak Kedai Mamak Pun Tidak’ – Ayu Raudhah

Tengok dekat Instagram

Tahun ini Che Ta membuat kelainan apabila enggan mendedahkan jumlah pakaian raya keluarganya yang akan dipakai sepanjang bulan Syawal.

Kata aktres berumur 49 tahun ini, peminat boleh mengetahui sendiri kerana dia akan berkongsi foto mengenakan busana tersebut di akaun Instagram (IG) miliknya.

Saya tak nak cakaplah berapa pasang baju raya tahun ini. Tak cakap salah, cakap… lagilah.

Kalau nak kira juga, kenalah intai entri gambar di akaun IG saya musim raya nanti. Bukan Che Ta, kalau tak penuhi kandungan entri IG dengan gambar sesi fotografi.

Malah baju raya sebelum ini pun, ada yang di bawa ke hadapan. Maklumlah situasi pandemik dua tahun lalu membataskan pergerakan. Nak melaram pun tak boleh sangat.

Terpaksa tunggu empat tahun

Dalam pada itu, pemilik nama Rozita Abu Bakar melahirkan rasa syukur kerana penantiannya berbaloi apabila rumah banglo yang ditunggu selama empat tahun sudah siap diubahsuai.

Selepas empat tahun termasuk COVID-19, pengubahsuaian rumah itu tergendala untuk disiapkan. Penantian itu bernoktah dan dapat masuk rumah akhirnya.

Cuma kerana sudah merancang awal balik beraya ke Kedah, jadi nak raya di rumah sendiri selepas itulah.

Saya pun pindahkan barang dari rumah lama ke kediaman baharu sedikit demi sedikit. Lepas beraya nanti mulalah ‘all out’ pindahkan barang.

Pelakon terkenal dengan siri komedi Kiah Pekasam itu beraya di Alor Setar, Kedah dari 1 hingga 8 Mei setelah komitmen seni dan lain sudah dilunaskan awal.

Sumber: Instagram @rozitachewan1

SKIP THIS AD ×