Hampir enam tahun tidak muncul di kaca televisyen dan layar skin, pelakon Farah Nabilah teruja kini kembali ke set penggambaran.
Artikel Berkaitan: Farah Nabilah Sakit Kepala Layan Kerenah ‘Maid’, Urus Kerja Rumah Sendiri – ‘Penat Nak Fikir Pasal Dorang Ni’
Artikel Berkaitan: ‘Baby Boy’ Kedua Farah Nabilah Nama Yusuf Gibran
Rindu nak berlakon
Ketika ditemui OhBulan!, Farah akui melihat kembali drama-drama lama lakonannya untuk mendapatkan ‘feel‘ setelah lama tidak berlakon.
Ujarnya, walaupun lepas gian untuk kembali ke set namun hatinya tetap di rumah bersama keluarga.
Drama ini kira kemunculan semula saya. Terakhir kali saya shooting adalah sebelum Covid-19.
Selepas itu, berhenti sekejap sebab saya dah ada anak. Bila nak kembali ke set, saya terhamil lagi.
Dari segi persediaan, saya betul-betul teliti baca skrip sebab dah lama tak berlakon. Saya tengok balik cerita-cerita saya dulu.
Sangat seronok dapat kembali berlakon tapi hati tetap di rumah, teringat anak-anak.
Ujarnya lagi, suami amat memberi sokongan dan dorongan untuk dirinya kembali bergiat dalam dunia lakonan.
Farah berkata demikian ketika ditemui di Sri Pentas, Bandar Utama pada Isnin.
Trauma untuk tinggalkan anak dengan penjaga
Dalam pada itu, Farah akui trauma dengan pelbagai kes yang tular sejak kebelakangan ini mengenai ibu bapa yang memberi kepercayaan sepenuhnya pada pembantu rumah.
Kongsinya, dia memilih untuk membesarkan anak-anak dengan sendirinya biarpun harus berehat dari berlakon.
Itu anak kita, kalau apa-apa jadi pada mereka, tidak boleh patah balik.
Pembantu rumah tidak akan peduli sebab itu bukan darah daging mereka.
Saya memang ada trust issue dengan pembantu rumah.
Dalam perkembangan lain, Farah bakal muncul dengan drama bersiri ‘Jadikan Aku Bidadari’ bersama barisan pelakon lain seperti Nazim Othman, Alya Iman dan Zaefrul Nordin.
Drama bersiri arahan pengarah terkenal Jamal Khan itu membawa kisah mengenai percintaan dah keagamaan serta bakal bersiaran di Tonton.