berita

Teruk Dikecam Sebab Minum Arak? BCL ‘Back Up’ Suami – ‘Biar Netizen Menilai & Gosip’

December 8th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Bunga Citra Lestari

Penyanyi terkenal Indonesia, Bunga Citra Lestari menyedari mengenai kritikan dan tomahan yang dilemparkan netizen kepada suaminya, Tiko Aryawardhana.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] BCL & Tiko ‘Sakan’ Di After Party, Netizen Tanya – ‘Wah Minum Apa Tu?’

Artikel Berkaitan: Netizen ‘Korek’ Tiko Aryawardhana Hutang Nafkah 3 Anak, Tetapi Mas Kahwin BCL RM63,000

Back up suami

Bunga Citra Lestari

Menerusi hantaran di Instagram Story, Bunga atau mesra dengan sapaan BCL tampil mempertahankan suami tercinta.

Menurut Bunga, orang ramai berhak untuk bercakap apa sahaja yang mereka mahukan, namun hal itu tidak sedikit melunturkan semangat suaminya.

Biarkan mereka menilai awak, biarkan mereka salah faham dengan awak, biarkan mereka bergosip tentang awak.

Pendapat mereka bukan menjadi masalah awak. Awak kekal baik, komited dengan cinta dan bebas melakukan apa sahaja dengan diri awak sendiri.

Walau apa pun mereka kata dan buat pada awak, jangan biarkan itu merendahkan nilai diri awak atau kebaikan yang ada pada awak.

Tambah pelantun lagu Cinta Sejati itu, dia berharap suaminya akan terus bersemangat melakukan kebaikan.

Teruskan buat kebaikan dan bersinar seperti selalu yang awak lakukan.

Pada hantaran sama, Bunga turut menyampaikan ucapan ulang tahun kelahiran buat Tiko.

Terdahulu, nama Bunga dan Tiko menjadi topik hangat bualan netizen selepas mereka didakwa meneguk minuman keras dalam sebuah acara dipercayai majlis ‘after party’ bagi meraikan perkahwinan pasangan itu.

Rata-rata netizen meluahkan rasa terkejut selain ada yang mengatakan Bunga sudah tersalah memilih pasangan hidup.

Pada 4 Disember lalu, Bunga dan Tiko selamat diijab kabulkan dalam sebuah majlis yang cukup meriah yang diadakan di Bali Indonesia.

Sekadar info, Tiko pernah berkahwin dengan Arina pada 26 Jun 2014. Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan tiga orang cahaya mata perempuan.

Manakala, Bunga pula bernikah dengan pelakon, Ashraf Sinclair pada 8 November 2008 di Jakarta dan dikurniakan seorang cahaya mata, Noah yang kini berumur 13 tahun.

Namun, maut memisahkan mereka apabila Ashraf meninggal dunia pada 18 Februari 2020 akibat serangan jantung.

Sumber: Instagaram 

SKIP THIS AD ×