berita

‘Terus Duduk Bersila’, Gadis Terkejut Lembaga Hitam Ikut Kawan Balik Asrama Selepas..

July 9th, 2020 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Di Facebook, seorang wanita yang dikenali sebagai Nabiela berkongsi kisah seram sewaktu tinggal di asrama. Menurutnya, kisah tersebut bermula sebaik sahaja salah seorang junior pulang agak lewat ke asrama. Dia menunjukkan tingkah laku aneh apabila tiba-tiba duduk bersila di tengah dorm berkenaan tanpa bersuara.

Dah dapat jangka apa yang bakal terjadi

Ini pengalaman di asrama. Mungkin tak berapa seram tapi sekadar perkongsian cerita ya. Nak dijadikan cerita, time tu kebetulan Thaipusam. Kuil duk bising laa, biasa laa taipusam Kan? Pada hari Sabtu malam, junior saya masuk dorm lewat dalam lingkungan pukul 12 malam. Maklum la cuti kan. Pelajar dibenarkan untuk tengok tv sebaik sahaja dia masuk. Saya rasa tak sedap hati. Dari bunyi step dan dari pandangan dia macam ada something yang tak kena. Saya ni jenis yang tak pandai bergaul dengan orang ya. Suka bersendrian. katil saya pun time tu betul-betul hujung bersebelahan dengan ampaian dan locker baju dan katil bawah. Sebelah pun tak ada siapa yang duduk. Siapa pernah duduk di asrama tahu la situasinya.

Saya perhatikan dia masa masuk pintu dorm. Saya hanya perhati dari atas katil je. Sebab saya katil atas dan menghadap kearah pintu. Tak ada la betul-betul berdepan pintu. Tapi kalau duduk atas tu memang boleh nampak jelas siapa yang masuk dan keluar. Okey secara tiba-tiba dia masuk. Terus dia bersila. Tengah laluan orang lalu lalang untuk masuk ke dorm. Saya dah dapat jangka apa yang bakal jadi. Tapi saya malas nak ambik tahu. Curi-curi pasang ear phone. Saya malas nak ambil tahu sebab budak-budak dorm memang tak suka saya. Entah apa punca dan silap pun tak tahu. Tapi bila diam, makin lama makin teruk. Bila tak dapat kawal keadaan saya pun jenggah ke arah dia. Sumpah terkejut ada lembaga hitam berdiri belakang dia. Besar tinggi katil double decker tu. Masing-masing dah mula tolak dan rapatkan katil.

Macam biasa berat hati saya nak membantu. Sebab tak nak seksa diri sendiri atas kesan selepas tu. eAda sedikit kecewa dengan kawan dorm. Tapi sebabkan belas kesian saya cuba juga rawat dia. Cuba juga bertanya kau siapa dan datang dari mana. Menurut makhluk tersebut, dia datang atas kehendak budak tersebut dan budak itu telah menyerunya. Perbualan tersebut masih diteruskan dan saya minta makhluk tersebut keluar sebelum dia sakit. Bacaan Ruqyah juga dibaca dalam hati.

Main di luar dorm kawan

Dua orang junior iaitu adik beradik kembar membantu saya dalam melawan benda tu. Kami bertiga lawan habis-habis. Benda tu degil tak nak keluar. Kawan-kawan yang lain turut berada dalam bulatan sambil baca ayat kursi dan Yasin. Kami cuba untuk tarik keluar benda tu, dan junior yang kena rasuk tu pengsan. Saya ambil air dan renjis sedikit di muka dia. Setelah sedar, dia kata nak muntah dan kami bertiga temankan dia pergi ke tandas. Nasib tandas sebelah dorm je. Elok dia langkah masuk, angin tiba-tiba kuat tiup kencang.

Saya mula tak sedap hati dan kami bertiga saling berpandang. Lampu berkelip dan pintu tandas junior tak boleh buka. Dia dalam tandas. Nak tak nak kena pecah pintu. Masa tu mata saya seolah ditutup dan tak dapat buat apa. Lebih kurang 2 minit, kembar tersebut tarik saya keluar dari tandas dan masuk ke dalam dorm smeula. Sebaik mata sedikit pinar, saya cuba gerak pergi ke katil junir dan minta dia jelaskan apa yang terjadi. Segala persoalan akhirnya terjawab, rupanya-rupanya budak ni main spirit of the coins di luar dorm kawan dia di blok yang sama tapi aras bawah. Malam tu saya tak dapat tidur sebba risau kawan-kawan dorm.

Sumber: Kelab Cerita Hantu (Nabiela Biela)

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×