berita

‘Terus Istiqamah Di Jalan-Nya..’ – Ucapan Hari Lahir Jep Sepahtu Buat Sari Yanti

November 10th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Sejak sah bergelar suami dan isteri, pasangan Sari Yanti dan Jep Sepahtu sering menjadi tumpuan netizen. Apa sahaja yang dibuat, pasti menjadi bualan hangat. Boleh dikatakan mereka merupakan antara pasangan kegemaran ramai di luar sana.

Semalam merupakan hari lahir Sari Yanti yang ke 33 tahun. Ucapan manis dari Jep berjaya buat netizen terharu. Rata-rata menganggap mereka pasangan sangat serasi. Amboi sweet betul abang Jep kita ini.

Terus istiqamah

A post shared by Jepsepahtu (@jepsepahtu) on

Selamat ulang tahun kelahiran buat kamu yang sentiasa menyenangkan hati. Semoga dikurniakan kesihatan yang baik, dilimpahkan kebahagian hidup dunia & akhirat, sentiasa berada di dlm perlindugan serta rahmatNya. Terus istiqamah di jalanNya kerna DIA tidak pernah memungkiri janji. Happy birthday sayang!! sariyanti

Walaupun masa bukan kawan di waktu ini

Alhamdulillah pada 9 November meningkat lah usia kakak setahun lagi.. that makes me 33 years old today. Tak ada perkataan yang dapat di ungkap untuk rasa bahagia di atas doa doa kalian semua. Alhamdulillah.. terima kasih. Sari juga mendoakan semua agar bebas dari perasaan berdukacita dan selalu tenang di dalam lindungan dan rahmat Allah SWT

Terima Kasih pada Suami tercinta jepsepahtu untuk doa yang berpanjangan , keutamaan, perhatian dan kasih sayang.. walaupun masa bukan kawan diwaktu ini , namun Allah swt selalu beri dia jalan untuk sentiasa membahagiakan.

Terima kasih Pada keluarga yang pandai bersubahat dengan sang suami untuk kejutan yang menggirangkan hati.. .
Terima kasih pada sahabat handai yang tak putus putus call dan mendoakan.. Tak kurang juga pada yang lupa tapi akan call kakak lepas baca post ni.. ai tetap sayang ?

Terima kasih kepada semua


Special thanks – ( @nurhidayahbahar – kakak datang rumah dia untuk raikan dia sebab berjaya dapat Phd .. dia pulak surprise kan kakak sambut birthday kakak. .. awal 4 hari surprise dia. Bertuah nya rasa hati punya sahabat macam ni. Ini insyaallah sampai akhir nanti. Sejati. ) loves you babe. . .

Of course tak lupa:
Terima Kasih pada yang followers kakak yang sering memerhatikan, mendoakan dan tafsirkan gembiranya hati semua atas kesihatan dan kebahagiaan kakak awak ni ? .
Kadang kadang kakak perhatikan awak semua juga.. .

Kakak nak ambil peluang ni bukan sekadar untuk berterima kasih. Tapi juga nak mohon maaf andai ada salah silap. ( tetiba mood raya).. lol ???- thank u again everyone.  Insyaallah i will be better me.

Manisnya

Sumber : jepsepahtu

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×