berita

‘Terus Kuat Walau Banyak Awak Tersakiti’ – Haqiem Rusli

September 24th, 2023 | by Shahrin
Kini Trending

Haqiem Rusli

Perkongsian terbaharu di Instagram milik penyanyi Haqiem Rusli mencuri perhatian ramai selepas dia memuat naik sepotong video memperlihatkan isterinya, Anis Sofea bertudung.

Artikel Berkaitan: ‘Itu Baby Bump Ke Perut Buncit?’ – Netizen Tanya Isteri Haqiem Rusli

Artikel Berkaitan: ‘Edit’ Kapsyen Di Instagram, Isteri Haqiem Rusli Teruk Dikecam Netizen

‘Sayang Akem, stay strong’

Haqiem Rusli

Dalam video tersebut, Anis dilihat mengenakan tudung berwarna biru sambil duduk berhadapan Haqiem dipercayai di sebuah warung tepi jalan.

Bagaimanapun, apa yang lebih mencuri tumpuan adalah kapsyen yang ditulis penyanyi berusia 25 tahun itu kepada isteri tercinta.

Menurut pelantun lagu Tergantung Sepi itu, dia berharap isterinya terus kuat meskipun banyak kecaman yang dilemparkan netizen.

Sayang Akem (Haqiem), walau banyak macam mana pun awak tersakiti, stay strong, semuanya akan kembali baik.

Awak sudah lalui pelbagai suka dan duka bersama saya. We love you, I love you. Doakan untuk kami yang baik-baik sahaja.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas turut menitipkan kata-kata semangat kepada Anis dan dalam masa sama mendoakannya agar kembali berhijab semula.

Pada April lalu, Anis mengejutkan ramai pihak apabila dia memuat naik gambar tidak lagi berhijab di Instagram miliknya. Malah, Anis turut memadam semua hantaran yang pernah dikongsikan sebelum ini ketika dia bertudung.

Sumber: Instagram

SKIP THIS AD ×