Pelakon Sharnaaz Ahmad menjadi usikan netizen selepas memberi kata semangat kepada penyanyi Shila Amzah ketika rumah tangganya bergolak.
Baru-baru ini, Sharnaaz juga meraikan kemenangan Shila bersama Sekumpulan Orang Gila (SOG) menerusi lagu Pelukan Angkasa di Anugerah Juara Lagu ke 36 (AJL36).
Artikel Berkaitan: Netizen Suruh ‘Getback’ Dengan Shila Amzah, Sharnaaz Ahmad Mohon Hormati Keluarga – ‘Dia Belum Cerai Lagi, Masih Pegang Status Isteri’
Tak boleh ramal masa depan
Ditanya komen Sharnaaz mengenai usikan manja peminat yang menginginkan dia kembali bercinta dengan penyanyi itu.
Aktor berumur 37 tahun ini berterima kasih atas doa-doa yang baik namun katanya urusan jodoh hanya Allah SWT tahu kerana Dia Maha Mengetahui.
Orang mendoakan yang baik. Bukannya tak baik. Jadi kita terima sajalah. Tapi yang nak tentukan itu adalah Allah SWT.
Kita tak boleh ramal apa akan jadi pada masa depan. Kalau ada, ada la. Kalau tak ada, nak buat macam mana? Saya akan ‘keep my windows’ open (terbuka) kepada sesiapa sahaja. Tapi terima kasih atas doa-doa yang baik itu.
Tak pernah bermusuh
Tambah pemilik nama Sharnaaz Ahmad Basir Ahmad, mereka saling berhubung menerusi telefon dan dia banyak memberikan kata semangat kepada penyanyi yang baru bercerai pada 9 Februari lalu.
Katanya lagi, mereka tidak pernah bermusuh tetapi sewaktu itu ada isu yang melibatkan keluarga Shila. Bagi pelakon drama I Promise Janji Anaqi, perkara itu sudah lama berlalu dan tidak perlu ada dendam lagi.
Terus-terang kami ada saling mesej. Dia melalui fasa yang pernah saya alami iaitu penceraian. Mungkin sesekali dia nak dapatkan pendapat dan kami berbual. Sebenarnya, daripada dulu kami tak pernah bermusuh.
Saya cuma ada isu dengan ibu bapa dia saja, waktu itu. Tapi bagi saya, dah lama sangat. Nak berdendam pun untuk apa? Kami ada berbual dan dia ada bertanya bagaimana saya lalui pengalaman dulu sewaktu gagal dalam alam rumah tangga.
Bagi saya, orang akan selalu bercakap dan hanya kita sahaja yang tahu diri sendiri. Hanya kita sahaja yang boleh buat diri sendiri bahagia. Nak bunuh kata-kata nista orang itu, buktikan dengan kejayaan.
Sumber: Instagram @sharnaazahmad