berita

‘Teruskan Guna & Tak Perlu Jual’ – Dr. Zulkifli Bantu Suami Mahu Jual Kereta Tampung Kos Perubatan Isteri

January 23rd, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Selain memberi nasihat dan semangat kepada anak-anak muda pada masa kini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),  iaitu Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Balkri juga sering menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang berkemampuan.

Artikel Berkaitan: ‘Nanti Kita Makan Nasi Bersama’ – Menteri Agama Video Call Kanak-Kanak Kehilangan Bapa Akibat Covid-19

Artikel Berkaitan:Tidak Wajar Dipolitikkan, Dr Zulkifli Janji Akan Selesaikan Kes Kartel Daging Haram

Artikel Berkaitan: ‘Jangan Terlalu Mudah Menghukum Seseorang Itu Murtad’ – Dr Zulkifli

Terbaru, Dr. Zulkifli sempat menziarah dan menghulurkan bantuan kepada pasangan suami isteri yang menetap di Klang, Selangor ini.

Jual kereta demi isteri

Saya telah arahkan Skuad Jejak Asnaf Baitulmal MAIWP melakukan tinjauan semalam. Memandangkan beliau menetap di Klang, laporan telah dipanjangkan kpd pihak Lembaga Zakat Selangor untuk tindakan lanjut. Tahniah saya ucapkan kepada @maiwphq dan @zakatselangor atas tindakan pantas.

Menurut Dr. Zulkifli, beliau terbaca mengenai kehidupan pasangan suami isteri tersebut beberapa hari yang lalu. Susulan daripada itu, beliau berpeluang menemui pasangan tersebut semalam. Jelas beliau lagi, pasangan tersebut perlu menggunakan kenderaan yang sedia ada demi masa hadapan mereka.

Hari ini saya ada kesempatan bertemu beliau untuk menyampaikan bantuan. Bersama saya, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat MAIWP dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa MAIWP. Kereta beliau ini sudah pasti banyak kegunaannya. Terus gunakan dan tak perlu jual. Insya-Allah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri sentiasa bekerjasama bagi membantu mereka yang memerlukan.

Oleh itu, Dr. Zulkifli meminta pasangan tersebut terus menggunakan kenderaan itu dan Kerajaan Persekutuan serta Kerajaan Negeri akan memberikan bantuan kepada pasangan tersebut.

Hidap penyakit barah

Terdahulu, demi kasih kepada isteri, Mohd Faizal Wahid yang berusia 40 tahun itu sanggup berkorban menjual Proton Persona miliknya bagi menampung kos pembedahan isterinya yang berjumlah RM22 ribu. Menurut laporan Harian Metro, isteri Faizal iaitu Siti Hawa, telah disahkan menghidap barah.

Sumber: Dr. Zulkifli & Harian Metro

SKIP THIS AD ×