berita

‘Nanti Kita Makan Nasi Bersama’ – Menteri Agama Video Call Kanak-Kanak Kehilangan Bapa Akibat Covid-19

January 19th, 2021 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Sebelum ini, viral di media sosial mengenai satu video sedih, di mana seorang kanak-kanak yang dikuarantin di MAEPS kehilangan bapanya akibat Covid-19. Raut wajah anak kecil yang bernama Mohamad Nor Atho’ullah sewaktu mendengar berita mengenai kematian ayahnya itu ternyata menyentuh hati netizen yang menyaksikan video tersebut.

Artikel berkaitan: Bapa Meninggal Dunia Akibat Covid-19, Pesakit Di MAEPS Buat Kutipan Derma, Tahlil Untuk Kanak-Kanak Ini

Artikel berkaitan: Netizen Tak Setuju Individu Rakam, Sebar Video ‘Sedih’ Anak Kehilangan Bapa Akibat Covid-19

Di Facebook, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, turut mengambil kesempatan untuk bersemuka dengan kanak-kanak yang berusia tujuh tahun itu.

Panggilan video secara atas talian

Petang tadi sempat berbual dengan anakanda Nor Atho’ullah dan kakaknya, Nur Kamilatul Alifah. Rakaman video anakanda Atho’ullah, bekas pesakit #COVID19 yang ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) di MAEPS tular baru-baru ini. Beliau nampak tenang menerima berita pemergian ayahnya yang meninggal dunia disamping ibu yang ditempatkan di wad kuarantin. Pakcik doakan Atho’ullah sekeluarga terus tabah dan kuat.

Pak cik minta maaf sebab tak dapat nak hadir tengok anaknda berdua. Masa tak sempat sangat. Kebetulan ada banyak mesyuarat. Lain kali pak cik datang kita makan nasi bersama ya. Boleh adik dan kakak kenalkan nama dan beritahu adik beradik berapa orang.

Menerusi video berdurasi 3:46 saat, Dr Zulkifli menghubungi Atho’ullah dan kakaknya menerusi panggilan video secara atas talian. Beliau yang membahasakan dirinya sebagai ‘pak cik’ itu turut meminta maaf kepada dua beradik itu kerana tidak dapat menziarahi mereka disebabkan urusan kerja. Tambah Dr Zulkifli, jika mempunyai masa yang terluang, beliau akan berjumpa dengan keluarga Atho’ullah dan makan bersama mereka.

Beri kata-kata semangat

Pak cik, menteri banyak yang sokong dan bantu. Kalau ada masalah boleh telefon pak cik. Insyallah mana yang kami boleh tolong bantu. Yang penting pertama sekali taat kepada ibu dan berdoa kepada arwah bapa. Yang kedua, ibadah jangan tinggal. Yang ketiga, belajar rajin-rajin. Pak cik nak semua keluarga Atho’ullah berjaya seratus peratus dan jadi orang yang berbakti kepada agama, bangsa dan negara.

Walaupun terjadi adat resam kehidupan, kita beruntung sebab kita masih ada ibu lagi. Maka, sayangilah dan taat kepada ibu. Insyallah barakah dalam kehidupan kita.

Dr Zulkifli juga sempat memberi kata-kata semangat dan pada masa yang sama membacakan doa untuk pemergian arwah bapa kanak-kanak tersebut. Beliau juga memberi kata-kata semangat buat anak-anak itu dengan berkaya bahawa ini semua ujian Allah. Sebagai manusia, kita perlu bersabar dan yang penting anak-anak itu perlu taat kepada ibu mereka serta jangan tinggal ibadah. Pesanan supaya rajin belajar turut diberikan oleh Dr Zulkifli kepada Atho’ullah.

Sumber: Dr Zulkifli

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×