berita

Tetamu Hadir Kenduri Kahwin Di Banyan Drive, Tawau Pada 31 Ogos Diminta Buat Saringan Covid-19

September 14th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Di Sabah, Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau mengumumkan agar tetamu yang hadir ke majlis perkahwinan di Banyan Drive pada 31 Ogos 2020 yang lalu supaya menjalani ujian saringan Covid-19.

Perkahwinan di Banyan Drive

Menerusi Facebook Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau meminta para tetamu yang pernah menghadirkan diri ke majlis perkahwinan di Banyan Drive pada 31 Ogos 2020 untuk menghubungi talian 089775733 sambungan 266 dan 277. Talian dibuka pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 8 pagi hingga 5 petang. Saringan Covid-19 perlu dibuat kepada semua tetamu yang hadir dalam majlis tersebut.

Bagaimanapun kenyataan itu tidak mendedahkan nama pasangan pengantin berkenaan. Kerjasama dari anda amatlah diharapkan bagi sama-sama memutuskan rantaian Covid-19 ini.

‘Makin meningkat lah kes macam ni’

Sumber: Pejabat Kesihatan Kawasan Tawau

SKIP THIS AD ×