berita

Tetap Bereksperimen Dalam Fesyen, Aina Abdul Janji Jaga Sensitiviti

June 22nd, 2022 | by Zulaikha
Kini Trending

Beberapa kali terjerumus dalam kontroversi melibatkan penampilan, penyanyi Aina Abdul berjanji akan mengambil kira semua saranan yang diberikan oleh orang ramai.

Artikel Berkaitan: Netizen Dakwa Tudung Macam Rahib, Aina Abdul Respon; ‘Ini Cara Saya Untuk Beri Inspirasi ..’

Artikel Berkaitan: Dikecam Harga Tiket Konsert Mahal, Aina Abdul Rasa Tak Adil Dibanding Dengan Nama Besar

Artikel Berkaitan: ‘Saya Gementar Ramai Selebriti Terkenal Hadir Konsert Solo’ – Aina Abdul

Enggan terkait isu panas

Biarpun masih mengekalkan identiti dalam berfesyen, Aina akan menjaga sensitiviti berpakaian ketika beraksi di konsert A Night With Aina Abdul 2.0 (ANWAA 2.0) Live at Istana Budaya yang berlangsung pada 25 dan 26 Jun ini.

Kata penyanyi berumur 29 tahun ini, setiap imej yang digayakan pada malam bermakna itu mempunyai maksud tersendiri.

Setiap malam konsert ANWAA 2.0, saya akan pakai busana berbeza. Saya bakal memperagakan 10 persalinan busana hasil ciptaan pereka fesyen tempatan sepertI Melinda Looi, Zaimi Zulkafli, Rizman Ruzaini, Tsyahmi, Wan & Mary, Behati, Khuntumn dan Masyadi Mansoor.

Saya tetap mengekalkan identiti Aina Abdul iaitu berani bereksperimen dalam berfesyen, tetapi saya mengambil kira saranan orang ramai dan akan menjaga sensitiviti agar tidak terkait isu panas.

Baju yang saya gayakan mempunyai maksud tersendiri dan ada juga bersifat ekstravaganza seperti yang selalu saya pakai. Tunggu dan lihat hasilnya nanti, saya memang tak sabar.

Tanda usaha gigih

Dalam pada itu, pemilik nama Nurul Aina Abdul Ghani  menjadikan ANWAA 2.0 sebagai medan untuk dia menonjolkan bakat sendiri dan sebagai salah satu tanda terima kasih kepada semua peminat yang selama ini tidak pernah berhenti menyokong.

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Konsert ini menjadi tanda usaha gigih saya dan team Aina Abdul Entertainment untuk memberikan sesuatu untuk peminat.

Kalau boleh pada malam konsert, saya nak penonton sama-sama menghayati apa yang saya cuba sampaikan, sama-sama menangis, sama-sama ketawa, sama-sama menyanyi.

Bersyukur segala persiapan berjalan lancar, Aina memohon agar perjalanan konsert dipermudahkan.

Saya nak semua puas menyaksikan ANWAA 2.0 dan saya memohon doa semua peminat agar perjalanan konsert selama dua malam dipermudahkan, Insya-Allah.

Sumber: Instagram @ainaabdul

SKIP THIS AD ×