berita

Tetap Utamakan Pelanggan Walaupon Telefon Dicuri, Kisah Rider Grab Ini Wajar Dipuji!

October 29th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Di Facebook tular satu perkongsian oleh Heidy Imtyang menceritakan kisah seorang rider GrabFood yang tetap berusaha menghantar makanan yang ditempah oleh rakannya, walaupon telefon bimbitnya telah dicuri.

Rider tidak pentingkan diri

Foto:  Heidy Imt

Kisah rider Grab yang tidak mementingkan diri sendiri. Kisah ini terjadi kepada rakan saya hari ini ketika sedang menunggu makanan yang sudah ditempah melalui aplikasi GrabFood. Setelah mendapat notifikasi bahawa rider akan sampai, rakannya terus bertindak untuk terus turun ke bawah untuk mengambil makanan yang telah ditempah. Namun, dia terkejut melihat rider tersebut telah membelok semula dan kembali ke restoran tersebut. Pada awalnya dia menganggap rider tersebut mengambil makanan yang salah. Tanpa mempersoalkan dengan lebih lanjut, dia tetap menunggu rider tersebut untuk kembali menghantar makanannya. Tetapi, menerusi paparan GPS menunjukkan rider tersebut dah bergerak lebih jauh dari restoran tersebut.

Walaupon menerusi GPS tersebut rider itu berada jauh dari kawasan yang sepatutnya, rakannya ketika itu masih menunggu dengan penuh sabar.

Telefon dicuri

Foto: Heidy Imt

Tunggu dan terus tunggu, tiba-tba rider tersebut datang ke rumahnya dan menekan loceng rumahnya. Ketika itu, dia mula pelik kerana melalui GPS menunjukkan rider tersebut sekarang berada di Mahkota. Rider tersebut menceritakan perkara sebenar yang telah terjadi kepadanya. Telefon rider itu sudah dicuri, bagi orang lain mungkin akan terus membuat laporan polis, tetapi rider ini mengutamakan pelanggan terlebih dahulu dengan menghubungi talian khidmat pelanggan GrabFood bagi meminta alamat pelanggannya.

Heidy turut mendedahkan nama penuh rider tersebut iaitu Muhammad Hilmi bin Othman, dan mendoakan supaya Hilmi dimurahkan rezeki. Dia juga mengharapkan pihak Grab Food Malaysia memberi ganjaran yang sewajarnya atas tindakan yang telah dilakukan olehnya, dengan mengutamakan pelanggan terlebih dahulu.

Dapat telefon baru

Saya telah memberikan telefon baru kepadanya, hanya telefon biasa sahaja, tapi masih boleh digunakan.

Menerusi ruang komen, seorang lelaki yang dikenali sebagai Gorden Yee, telah memberi telefon baru kepada rider tersebut.

Reward him!

Rata-rata warganet meminta pihak pengurusan GrabFood Malaysia memberikan ganjaran dengan apa yang telah dilakukan oleh rider tersebut. Perkongsian tersebut telah dikongsi sebanyak 3.3k dan dibanjiri dengan komen yang memuji tindakannya.

Sumber: Heidy Imt

SKIP THIS AD ×