Usahawan selebriti dan pelakon, Datin Thalia Baiduri mengaku dirinya memang ada membaca ‘jampi’ setiap kali memasak untuk menawan hati suami, Datuk Shahriza Amir.
Artikel Berkaitan: Talia Belanja Dua Motosikal Jenama Benelli Sempena Kempen Ramadan Raya
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Thalia Baiduri Syukur Berjumpa Semula Dengan Bapa Selepas 30 Tahun Berpisah – ‘Dapat Cium Tangan Papa, Tiada Rasa Dendam’
‘Memang baca jampi’
Ketika ditemui OhBulan!, Thalia bagaimanapun berkata apa yang dibaca setiap kali menyediakan makanan untuk suami dan keluarga adalah doa yang diajar oleh ustaz iaitu menggunakan ayat suci al-Quran.
Ya saya memang mengaku baca jampi, memanglah kita kena tundukkan dia (suami), itu hak kita.
Bagi saya, memang akan pertahankan suami saya dan tawan hati melalui air tangan.
Saya tahu dosa pahala, Alhamdulillah. Saya hanya amalkan selawat dan zikir Ya Latif setiap kali masak.
Itu memang rutin saya, sebab bila kita masak kena pastikan air tangan kita bersih, masakan sedap dan diberkati.
Thalia berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Majlis Talia Glitz Raya – Budaya Bertemu Busana yang diadakan di Tamarind Square, Cyberjaya, pada Selasa.
Pelakon drama Seindah Sakura itu menjelaskan mengenai dakwaan tersebut selepas tular sepotong video konon dirinya mengaku membaca jampi setiap kali menyediakan makanan sehingga mengundang pelbagai reaksi wargamaya.
Malah, menerusi satu sesi siaran langsung di TikTok sebelum ini, ada segelintir netizen yang menegur usahawan berusia 37 tahun itu dengan menyifatkan perbuatan membaca jampi sebagai syirik.
Saya memang suka live masak, kalau nampak kumat kamit tu saya baca doa, jampi doa, bukan benda karut.
Mungkin netizen salah faham, kalau yang selalu ikut saya dia tahu sebab saya memang suka bergurau.
Curi masa masak
Sementara itu, Thalia yang juga pengasas produk kecantikan dan penjagaan peribadi jenama Talia itu berkata sebagai wanita, perlu sentiasa curi masa memasak untuk suami dan keluarga.
Ya saya memang ada pembantu rumah, tapi itu bukan alasan saya lepas tangan dan saya tetap masuk dapur dan masak untuk suami dan anak-anak.
Bagi saya itu penting untuk menawan hati serta amanah kita menjaga keluarga serta pastikan mereka dapat air tangan yang bersih dan sedap.
Tak kisah masakan biasa sekali pun, biarlah dari tangan kita dan curi juga masa untuk tujuan itu.
Sementara itu, sempena Ramadan dan Syawal ini, Talia menawarkan dua buah motosikal jenama Benelli untuk pelanggan sebagai tanda penghargaan.
Mengulas mengenai cara untuk memenangi dua motosikal itu, Thalia berkata setiap pembeli perlu membuat dua pembelian produk Talia dan kongsikan dalam hantaran di media sosial serta tag lima rakan.
Sempena Syawal kali ini juga, lima edisi rekaan eksklusif baju raya dikeluarkan untuk digayakan pada pagi lebaran nanti. Lima rekaan busana Syawal kali ini ialah Thalia, Arisya, Dahlia, Iman dan Baiduri.