Penyanyi, Ernie Zakri memuat naik beberapa foto di Instagram mengenai sambutan ulang tahun kelahirannya yang ke-28 semalam. Menurut Ernie, dia terharu apabila teman baiknya iaitu Syamel melakukan kejutan tersebut buat dirinya.
Doakan yang baik-baik
Assalamualaikum. Alhamdulillah dengan izin Allah, Kak Ninie dah berumur 28 tahun! Syukur syukur. Thank you Bang Mel berjaya membuat airmata Kak Ninie tumpah sampai blusher pun hilang. Bang Mel suruh posing tak nampak macam 28, pose pose tu jelah saya boleh fikirkan. Thank you so much juga diatas doa doa kalian. Maaf yang mana tidak sempat untuk saya balas dan baca. Moga Allah makbulkan doa doa kita semua. Kak Ninie juga doakan yang baik baik untuk semua!
Menerusi posting yang dimuat naik, Ernie memberitahu bahawa dia bersyukur dapat meraikan hari ulang tahun kelahirannya yang ke-28. Tambahnya, dia turut mengalirkan air mata sebaik sahaja Syamel membuat kejutan buat dirinya. Buat para peminat yang memberi ucapan, Ernie turut mendoakan kebaikan buat semua.
Sweetnya!
Sumber: Ernie Zakri & Syamel