berita

‘That Is Not True Lah’ – Aishah Nafi Dakwaan Tiada Sponsor Baju

November 7th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Semalam viral di media sosial peserta Gegar Vaganza 4, Aishah tidak mendapat tajaan pakaian dari mana-mana pereka fesyen. Seorang wartawan menerusi perkongsiannya di facebook menarik perhatian ramai orang yang bersimpati dengan nasib menimpa Aishah itu.

Artikel berkaitan : ‘Patutlah Baju Tak Semenggah’ – Luah Rasa Kecewa, Aishah Tak Dapat Tajaan Baju?

Selepas kisah ini viral, ramai pula pereka fesyen yang tampil menawarkan khidmat mereka. Memang rezeki Aishah la kan? Tetapi, menerusi posting terbaru Aishah di facebook, beliau menafikan dakwaan wartawan kononnya beliau tidak dapat tajaan baju.

Dihujani tawaran sponsor hmmmm

Hari cuti selepas konsert…dihujani tawaran utk.sponsor buat baju I utk.GV4 minggu ke3….hmmmmmm…..

Tak pernah cerita tak ada siapa nak sponsor

Hmmmm jadi mcm.viral pulak cerita baju I utk.GV4 ni.Tidak benarlah nak katakan takde sesiapa nak sponsor baju I…that is not true lah…and I tak pernah pulak bercerita takde sesiapa nak sponsor uishhh biar betul hahahaha…Dan I memang tak bawa entourage yg besar,cukup sekadar suami yg mengiringi.I juga ada kawan2 dan peminat yg organize team fans I.Make up pun I guna make up artistes from Astro…ok je so far hahahaha…I tak suka ramai2 org.keliling I,invading my personal space,I rimas laaaa….sememang dari dulu pun I mcm tu.Tak suka ramai2 .Cuma satu hari je I nak orang ramai2 keliling I…dihari I perlu ramai2 solatkan I.Itu je hari yg I harap akan ramai org.dtg iringi….

Wartawan mohon maaf

Wartawan yang menulis status sebelum ini juga telah memohon maaf kepada Aishah jika tidak selesa dengan statusnya. Niatnya hanya ingin membantu kerana sangat mengagumi Aishah.

sumber : Wan Aishah Wan Ariffin

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×