berita

‘That’s Too Much’ – Tak Cukup Dimaki, Syed Saddiq Kesal Diserang Penyokong BN

February 16th, 2019 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi Facebook dan Instagram YB Syed Saddiq, dia meluahkan rasa kecewa dan kesal dengan insiden yang berlaku ke atasnya hari ini. Menurut beliau, dia dimaki serta diserang oleh beberapa individu yang dakwanya dari penyokong parti Barisan Nasional.

Diserang dicaci

Perkongsian video dimuat naik Syed Saddiq undang simpati orang ramai. Walaupun berbeza parti politik, namun tidak sepatutnya beliau dilayan sedemikian rupa. Syed Saddiq diserbu dan diserang ketika perjalanan pulang ke kereta tanpa sebab muhasabah. Ini respon beliau sendiri.

Saya tetap hormati

Nak caci saya “Babi” “Bangsat” “Bodoh” “hancing”, saya tetap akan hormati, kerana itu hak saudara. Tetapi kalau sampai nak guna serangan fizikal, that’s too much! Hari ini saya tiada driver sebab tidak bertugas sebagai menteri.

Dalam perjalan nak ke kereta, saya diserang oleh penyokong penyokong BN. Bila dimaki, saya hanya beri salam dan terus bergerak ke hadapan tetapi mereka kejar saya.

Saya masuk politik bukan untuk bermusuh

Bila diserbu, pihak polis yang berdekatan datang bantu. Unit Amal (PAS) yang nampak insiden pun datang untuk bantu kerana mereka nampak reaksi fizikal beberapa penyokong BN. Saya terhutang budi kepada pihak Polis dan Unit Amal yang berdekatan.

Tanpa mereka, saya tidak tahu apa akan jadi pada saya sekarang. Insiden seperti ini mengingatkan saya kenapa saya masuk politik. Bukan untuk bermusuhan, tetapi untuk kekal berkhidmat.

Sedih lihat budaya begini

Sedih saya lihat budaya gangsterisme yang menular dikalangan masyarakat kita.I want to be a “Yang Berkhidmat” which serves all Malaysians regardless of race, religion and political ideologies. Kerana Malaysia menyatupadukan kita semua.

May Allah swt open up their hearts and minds. Laporan polis akan saya buat pada pukul 2pm di Balai Polis Sungai way.
*Syed Saddiq*

Sumber : Syed Saddiq

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×