berita

‘The Flash’ Akhirnya Berkahwin Dengan Gadis Kacukan Kadazan Sabah

December 19th, 2018 | by Shafika
Kini Trending

Grant Gustin, pelakon The Flash akhirnya berkahwin dengan seorang gadis kacukan Kadazan dari Sabah, Andrea “LA” Thoma di sebuah majlis perkahwinan yang indah pada Sabtu lalu, di Valentine DTLA. Walaubagaimana pun, Pasangan pengantin tersebut belum mengeluarkan apa-apa kenyataan rasmi mengenai hari perkahwinan mereka.

Beberapa tetamu selebriti terkenal juga turut menghadiri acara itu termasuk bintang “Supergirl”, Melissa Benoist, RJ Brown, Max Chucker, Daveed Diggs, Adam Kaplan, Jared Loftin, Ben Ross, Leela Rothenberg, Taylor Trensch, Chris Wood, model Renée Mittelstaedt dan pelatih peribadi Ryan Phillips.

Menerusi Instagram pengurus Grant

Pengurus, Robert Stein mengambil gambar dengan pasangan itu di photo booth dan berkongsi di Instagram dengan kapsyen ucapan tahniah.

Kebahagiaan yang tulus adalah apabila melihat Grant dan LA, dikelilingi oleh keluarga dan rakan-rakan mereka, berkumpul untuk majlis keramaian yang penuh kasih sayang. Semoga mereka berdua kecapi kebahagiaan selamanya. Mereka sangat berbahagia untuk saling menghabiskan sepanjang hidup mereka.

Ayah Grant di Instagramnya

 

View this post on Instagram

 

What a memorable and beautiful event!

A post shared by Tom Gustin (@tomgustin3) on

Bapa kepada pelakon tersebut juga turut berkongsi gambar beliau bersama anaknya Grant serta rakan-rakan yang hadir bagi memeriahkan lagi majlis perkahwinan tersebut di Instagram miliknya.

Majlis yang begitu indah.

Sumber: E! News, Robert Stein, Tom Gustin

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×