Musim cuti sekolah dah dekat, ibu bapa boleh lah plan awal-awal kalau nak bercuti dan luangkan masa bersama anak-anak. Rasanya dah banyak kami kongsikan lokasi-lokasi percutian menarik di sini.
Kali ini kami nak kongsikan satu lagi tempat yang ‘rare’ sedikit daripada lokasi yang lain, biasanya bila kita dengar nama Resort je mesti akan bayangkan chalet atau bilik-bilik mewah di tepi pantai semua. Tapi, The Kabin Resort bukan macam tu.
Resort ini menggunakan Kabin atau Kontena sebagai bilik penginapan dan mempunyai dekorasi yang amat menarik dan sesuai bagi sesiapa yang ingin mendapatkan ketenangan. Lokasinya tak jauh pun dari ibu kota, harga pun berpatutan!
Tak jauh pun, cuma 1 jam kalau dari KL, bagi sesiapa yang berminat boleh ke alamat ini. The Kabin, Lot 2984 Jalan Jati, Pantai Remis, 45800 Jeram, Kuala Selangor, Malaysia.
Ada pelbagai jenis bilik disediakan, harga pun daripada RM190 hingga RM440 mengikut kadar keselesaan yang anda mahukan. Antara jenis-jenis bilik yang terdapat di sini adalah :
Selain daripada fasiliti yang disediakan, anda sekeluarga boleh berkunjung ke beberapa tempat menarik yang berhampiran dengan Resort ini untuk tenangkan minda.
Seperti yang dikatakan tadi, tempat ini amat sesuai untuk menenangkan fikiran. Tempat yang sangat cantik dan murah, untuk mendapatkan butiran lebih lanjut atau membuat sebarang tempahan awal, hubungi +60176783825 atau +60185932014 .
Sumber : Facebook The Kabin & www.thekabin.com.my