Baru-baru ini, pelakon Sherry Ibrahim dituduh melakukan pembedahan mengubah wajah. Kontroversi tersebut mula hangat diperkatakan apabila netizen menyedari perubahan bentuk muka yang ketara.
Namun, Sherry dengan tegas menafikan dakwaan dan memohon netizen berhenti tulis perkara sebegitu.
‘Stop tulis benda-benda macam ni’
Astaghfirullah al-Azim. I dapat ni tadi dari one of my family members. Banyak yang dia tulis tapi malas nak letak semua. Sebab membuatkan ig I nampak tak cantik. I akan marah kalau ianya melibatkan keluarga dan menjatuhkan fitnah sambil menyebarkan. First of all I don’t know you tapi U tulis macam U kenal and tau everything pasal I. Stop tulis benda-benda macam ni and buat statement pandai-pandai. I feel sorry for you gal!
‘Think before you speak’
Menerusi Instagram Story, Sherry Ibrahim terkilan dengan sikap sesetengah individu yang melibatkan ahli keluarganya. Dia juga menafikan tuduhan dan berharap netizen berfikir sebelum meninggalkan komen. Dia turut menegaskan menfitnah adalah dosa besar.
Sumber : Sherry Ibrahim