Bekas vokalis kumpulan Jinbara iaitu Tia, telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pukul 9.17 malam tadi akibat masalah kanser hati.
Meninggal dunia
Perkara itu disahkan isterinya, Suzan Ahmad, menerusi aplikasi WhatsApp sebentar tadi.
Ya betul, sudah tiada.
Terdahulu, Tia disahkan menghidap kanser hati dan menerima rawatan di Hospital Shah Alam sejak Rabu lalu.
Memandangkan pihak hospital tersebut tidak mempunyai kepakaran khusus, Suzan mencari alternatif rawatan di India yang menelan kos sebanyak RM 300,000.
Tia dikejarkan ke Hospital Shah Alam setelah mengalami sakit perut melampau dan kesukaran bernafas.
Selepas menjalani pelbagai pemeriksaan termasuk ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan terakhir, CT Scan, doktor kemudian mengesahkan penyanyi tersebut menghidapi kanser hati.
Sumber: Utusan Malaysia