Kencing manis atau Diabetes Mellitus berlaku apabila insulin tidak mencukupi atau tidak berkesan untuk mengawal paras glukos dalam darah ke paras normal. Antara tanda anda menghidap penyakit ini adalah apabila penglihatan menjadi kabur, penyakit kulit yang berterusan, luka lambat sembuh, jangkitan pada sistem pembuangan air dan kebas kaki.
Dr Mahathir Ahmad menerusi Facebook kongsi 5 pantang berubat luka bagi pesakit kencing manis.
Pesakit kencing manis tak rasa sakit
DEKAT MALAYSIA NI BERAPA PAKAR YANG BOLEH BUAT KERJA MACAM NI YA? TANYA JE
Kalau ada kita geng, harapan orang pada kita tinggi tak? Lepas bedah tertidur dalam klinik ada orang tahu tak? Dapat fitnah tu makanan ruji kan!
Bukan semua Dr. atau pakar boleh merawat penyakit ini. Bukan sebarang jururawat boleh buat dressing. Semuanya memerlukan kepakaran dan passion atau niat untuk menolong patient dalam bidang ini. Kalau setakat nak jadi ahli perniagaan, nak kaya. Buatlah business lain. Janganlah bagi orang sengsara. Nak buat pun ingat satu hari nanti Tuhan akan tunggu jawapan dari semua, tak kira bangsa dan agama.
Luka kencing manis, luka yang istimewa dari luka luka yang lain. Nak tahu kenapa? Kerana luka pesakit kencing manis terutamanya bila dah berlubang, bernanah, berulat ataupun ketegori kronik – tidak akan mempunyai rasa sakit walaupun sedikit kerana kaki mereka sudah pun kebas (numbness) disebabkan oleh penyakit kencing manis itu sendiri. Bila dah kebas baru boleh jadi lubang, sebab tak sakit dan pesakit pesakit tidak dinasihatkan untuk tidak memijak atau berjalan dengan luka di tapak kaki masih belum pulih.
5 pantang berubat luka
Selalu pesakit saya akan bertanya apa pantangnya berubat luka nie doktor? *mai saya ceritakan :
Pantang NOMBOR 1 –
Untuk pesakit pesakit ikut senang sahaja, elakkan pengambilan apa jua barang yang mengandungi gula berlebihan. Dah sakit buat cara sakit. Kadang kadang orang kita nie pun, kaki dah berlubang busuk dengan ulat sekali, tapi nak juga makan nasi kandar kuah campur diiringi pulak dengan teh ais kau kau. Macam mana nak lega cepat. Ibu kepada luka tersebut ialah gula. Logic jer benda ni kan.
Pantang NOMBOR 2 –
Jangan sesekali memijak menggunakan kaki yang sedang dirawat ataupun luka. Kita kena alihkan pressure ataupun daya tekan berat badan terhadap luka tersebut. Kalau kita tengok sekarang ni, banyak pesakit luka kencing manis berjalan macam tak da apa yang berlaku. Rilek jer dia jalan, tetapi dalam tengah mereput tulang tulang dimakan kuman.
Istilah off loading adalah amat penting dalam rawatan pemulihan luka kencing manis. Luka biasanya tidak akan sembuh atau akan melarat jikalau tekanan berat badan terus pada luka. Kita kena tanya, kenapa selalu kaki yang terlibat dalam kes kes kencing manis. Ceritanya senang, nasib baik kita tak berjalan macam monyet, kalau tidak semua ke empat empat kaki akan kena potong. Maksudnya manusia berjalan atas 2 kaki yang diseimbangkan terutamanya dengan ibu jari dan system arch atau posisi tulang tulang di kaki yang direka khas oleh Tuhan yang Maha Esa.
Jadi apabila pesakit pesakit sudah lama menghidap kencing manis (mungkin lebih 10 tahun – 15 tahun) posisi ini akan mula jatuh/collapse dan bermulalah masalah yang amat rumit untuk dibetulkan di negara kita. Diabetic neuropathy atau masalah system saraf di bahagian kaki akan bermula.
Ini turutannya > 1st Kencing Manis – 2nd sistem saraf kaki(neuropathy) terlibat – 3rd foot arch atau system support kaki mula runtuh – 4th – luka kencing manis secara automatic ataupun secondary (tercucuk paku, memotong kuku, infaksi kulat di celah jari jari di kaki, kasut ketat dan etc).
Jadi kenalah rehatkan kaki yang terlibat ini ataupun offloading – yang ini doktor anda kena bagi nasihat, macam mana nak offload agar luka boleh sembuh.
Syorkan pesakit ambil high protein
Pantang NOMBOR 3 –
Selalunya dressing yang dilakukan pada peringkat awal luka yang mempunyai infaksi kuman bersaiz tebal dan besar. Pesakit kencing manis kronik jaga mempunyai saluran darah yang kecil dan tersumbat, jadi seharusnya dressing tidak boleh ketat sampai, jangan tarik bandage, no pressure on bandaging. Bila bandage ketat, besok hitamlah jari jari lain luka pun akan lambat nak pulih sebab darah tak boleh mengalir. Nak ikat ketat ketat buat apa, pesakit bukan nak main aci ligan, depa kena berehat kat rumah.
PANTANG NOMBOR 4 –
Tak ada barang ajaib ataupun magic di dunia ini untuk mengubati luka kencing manis. Luka ini bukan luka biasa, luka ini boleh menjadikan hidup seseorang binasa dan sengsara, satu demi satu jari, satu demi satu kaki. Pesakit luka kencing manis boleh sampai jadi sepsis dan masuk ICU kerana kuman kuman di luka tersebut semua merbahaya dan bukan senang untuk dimusnahkan.
PANTANG NOMBOR 5 –
Dari segi pemakanan, hanya makanan dan minuman mengandungi gula yang berlebihan kena dikurangkan. Saya syorkan pesakit saya ambil high protein diet. Seperti telur ayam kampung, ayam kampung, isi ikan, tempe, tauhu, kekacang seperti kacang kuda, sup kambing etc. Kalau tak makan makanan nie semua, lambatlah luka akan sembuh. Bukan senang nak tumbuhkan isi. Pesakit bukan budak budak, minum susu boleh jadi besar, Minum M… anda jadi sihat & kuat, so bagi makanan yang bagus bagus dan cepatkan proses pemulihan tisu. Jangan buat macam kebanyakannya mereka. Takut sampai tak makan. Teruk lagi keadaan pesakit, tak bermaya dan tak boleh berfungsi. Zat makanan adalah penting. Jangan lupa.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.
Mahathir Ahmad
ALLAH IS MY DR
Sumber : Mahathir Ahmad