berita

‘Tiada Double Standard’ – PM Minta Rakyat Termasuk Ahli Politik Patuhi SOP

October 6th, 2020 | by Shafika
Kini Trending

Menerusi perutusan khas Covid-19 sebentar tadi, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan beberapa situasi semasa pandemik di Malaysia. Antara yang diumumkan adalah mengenai status Perintah Kawalan Pergerakan yang dibimbangi ramai orang.

Menurutnya, pihak kerajaan akan memaklumkan lebih awal jika sebarang keputusan dilakukan. Beliau berharap agar orang ramai terus mematuhi SOP ditetapkan.

Ramai berkempen tak ikut SOP

Semua sedia maklum sebahagian besar punca Covid-19 adalah datang dari pendatang asing di Sabah. Malah bertambah meningkat sejak krisis Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dibubarkan.

Menurut Tan Sri Muhyiddin Yassin, pandemik ini dilihat semakin meningkat semenjak piliharaya di Sabah. Namun perkara ini tidak dapat dielakkan kerana ini termasuk dalam peruntukkan pelembagaan dan harus dilaksanakan dalam tempoh 60 hari.

Malangnya ada SOP tidak dipatuhi contohnya penjarakkan sosial. Saya turun kempen di banyak tempat, masih ramai yang duduk dekat-dekat sehingga saya membuat SOP sendiri tanpa pergi ke khayalak ramai.

Kecewa dengan tindakan segelintir rakyat tidak mematuhi SOP, beliau terpaksa menolak untuk berkempen di beberapa tempat kerana memikirkan kesihatan dan keselamatan orang ramai.

Ada yang sudah dijangkiti di negeri Sabah dan ini perkara yang sangat mendukacitakan. Namun, petugas kementerian akan membuat pemeriksaan rapi kepada mereka yang balik dari Sabah.

Lebih senang dikesan

Saya yakin lebih senang untuk mengesan pesakit Covid-19 berbanding dahulu kerana ramai guna aplikasi MySejahtera. Saya menyeru kepada saudara saudari untuk mendaftarkan MySejahtera untuk memudahkan pihak KKM mengesan contact rapat.

Tambah Tan Sri Muhyiddin Yassin lagi, dia yakin angka jangkitan Covid-19 dapat menurun seperti sedia kala kerana kini pihak Kementerian Kesihatan lebih mudah mengesan contact rapat pesakit memandangkan ada aplikasi MySejahtera.

Mengenai isu kuarantin, Tan Sri Muhyiddin memaklumkan tiada istilah ‘double standard‘ kerana dia sebagai Perdana Menteri turut menjalani kuarantin di rumah.

Tak ada double standard

Ini adalah SOP yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia kerana saya juga kuarantin di rumah. Bersama-sama saya adalah 7 orang menteri dan 6 orang timbalan menteri kuarantin di rumah. Covid-19 tidak mengenal pangkat kerana ia boleh menjangkiti sesiapa. Jadi SOP ini harus dipatuhi semua orang.

Kami jangkakan kes akan lebih meningkat kerana pihak KKM membuat saringan lebih banyak di penjara dan kawasan-kawasan berjangkit.

Dalam pada itu, beliau berharap rakyat tidak membuat kesimpulan sendiri dan elakkan penyebaran palsu untuk membuatkan lebih ramai keliru. Segala keputusan yang dibuat oleh kerajaan adalah berdasarkan sumber data dan fakta berkaitan Covid-19. Selain itu, mengenai Perintah Kawalan Pergerakan yang dibimbangi ramai orang, kerajaan tidak akan membuat PKP sekali lagi kerana ini boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara.

Kerajaan tidak akan membuat PKP sekali lagi kerana ini boleh meruntuhkan sistem sosial dan ekonomi negara. Setakat ini pemulihan ekonomi sekarang adalah lebih baik. Ini penting bagi menjamin kestabilan negara. Jika hal ini berlaku, kerajaan akan memberi notis lebih awal.

Mengakhiri perutusan khas itu, dia berharap agar orang ramai tidak mendengar segala perkara tidak betul kerana ini boleh mengeruhkan lagi keadaan. Dia juga berharap agar semua rakyat memberi kerjasama dalam mematuhi SOP ditetapkan.

Sumber : Buletin TV3

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×