berita

Tiada Gigi Patah & Hentakan Di Kepala, Pasukan Forensik Dedah Hanya Ada Luka Besar Di Paha Kanan Tangmo Nida

March 11th, 2022 | by Amirul Asraf
Isu & Kontroversi

Doktor daripada Institut Perubatan Forensik (IFM) Hospital Besar Polis, Thailand memaklumkan bahawa mereka tidak menemui kesan gigi patah atau kecederaan di kepala mayat Tangmo Nida semasa proses bedah siasat dilakukan.

Artikel Berkaitan: Tak Bagi Keterangan & Terus Masuk Hospital Sebab Darah Tinggi, Pemandu Bot Tak Nak Bagi Rambut Untuk DNA?

Artikel Berkaitan: Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’

Artikel Berkaitan: Jumpa Bukti CCTV Pelakon Thailand ‘Ditolak’ & Bot ‘Sebenar’ Ditemui, Pengurus ‘Jual’ Tangmo Nida Sebab Duit?

Alami luka besar di paha kanan

Menerusi laporan Bangkok Post, doktor telah memeriksa mulut Tangmo Nida dan mendapati tiada gigi yang patah, sementara pemeriksaan kepala juga tidak menemukan kesan trauma daripada objek keras. Bedah siasat tersebut dilakukan selepas pelakon dan petugas keselamatan, Ekkapun ‘Tide’ Bunluerit memberitahu kepada media bahawa muka wanita itu telah dipukul dengan objek keras berikutan kesan lebam pada mata kanan, manakala beberapa gigi kelihatan patah.

Menurut Ketua IFM Supichai Limsiwawong, doktor yang melakukan bedah siasat memberitahu mayat mengalami beberapa luka terutama luka besar di paha kanan. Bagaimanapun, beliau memaklumkan belum menerima laporan berhubung kecederaan di kepala. Tambahnya, sampel tisu daripada badan Tangmo sudah dihantar ke dua hospital untuk ujian lanjut, namun keputusannya belum diperoleh.

Sumber: Bangkok Post

The following two tabs change content below.

Amirul Asraf

Senior Content Champion at Rev Media Group
I became a writer to come as close as possible to the heart of the world.

SKIP THIS AD ×