berita

Keluarga Tak Dibenar Sertai Proses Solek Tangmo, Pakar Forensik Cakap Sukar – ‘Jasad Akan Menghitam & Menjadi Kering’

March 10th, 2022 | by Zulaikha
Isu & Kontroversi

Keputusan keseluruhan siasatan kes kematian pelakon Thailand, Tangmo Nida dijangka akan diumumkan pada Jumaat ini.

Memetik sumber polis berkata penyiasat akan membuat kesimpulan bahawa Encik Tanupat dan Encik Phaiboon telah bertindak melulu sehinggakan menjadi penyebab kematian Tangmo.

Artikel Berkaitan: Kawan Rapat Dedah Tangmo Tak Buat Servis Layan Nafsu Lelaki, Polis Jangka Tutup Kes Jumaat Ini

Artikel Berkaitan: Enggan Ditemu Bual Media & Tak Kisah Bab Duit, Teman Lelaki Tangmo Nida Minta Izin Ibu Nak Ambil Barang Kenangan – ‘Bird Ambil Bantal, Patung & Kucing’

Artikel Berkaitan: Patuh Cakap Ibu, Abang Tangmo Tarik Diri Dari Cari Kebenaran Untuk Keadilan

Pakar forensik yang solek

Memetik laporan Khaosod Online, tiada seorang pun ahli keluarga yang dibenarkan untuk menyertai proses menyolek mendiang Tangmo.

Katanya, agak sukar untuk dilakukan oleh individu yang tidak berpengalaman kerana mayat Tangmo ditemui dalam keadaan menyayat hati selepas dua hari lemas dalam sungai. Jadi, sebulat suara menyerahkan kepada kakitangan pakar forensik untuk melakukan.

Jasad akan menghitam dan menjadi kering, jadi sangat sukar untuk disolek.

Upacara pemakaman Tangmo akan berlangsung pada hari Jumaat hingga Ahad iaitu tiga hari berturut, jam 6.30 petang hingga 8.30 malam.

Keluarga sedia baju terakhir

Bagaimanapun, ahli keluarga diberi peluang untuk menyediakan ‘baju terakhir’ Tangmo dan diserahkan kepada pegawai bertugas.

Selepas proses bedah siasat dilakukan, doktor akan membersihkan luka, menjahit dan akan dimasukkan ke dalam ‘cold room’ sehinggalah mendiang dituntut ahli keluarga untuk upacara keagamaan.

Sewaktu upacara keagamaan, keluarga dan kenalan dibenarkan untuk memberi penghormatan kali terakhir sebelum mendiang dibawa ke Gereja Methodist, Wilayah Pathum Thani untuk proses pembakaran mayat.

Untuk rekod, mayat Tangmo dijumpai oleh pasukan penyelamat tempatan selepas hilang pada malam 26 Februari dipercayai lemas. Mayatnya ditemui terapung di sungai sekitar 300 meter dari Pibulsongkram Pier, Nonthaburi, Bangkok, kira-kira 1 kilometer dari lokasinya terjatuh.

Sumber: Khaosod Online

SKIP THIS AD ×