Gara-gara tidak mempunyai kad nikah selepas hampir 18 tahun mendirikan rumah tangga, sepasang suami isteri berdepan detik menghiburkan apabila mereka ‘diterjah’ pihak dari Jabatan Agama Islam Johor ketika menginap di sebuah hotel beberapa hari yang lalu.
Kisah menghiburkan itu dikongsikan seorang wanita yang dikenali sebagai @thesamsfamily di TikTok.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Menangis Nak Tengok Gambar Agong, Telatah Anak Kecil Ini Cuit Hati Netizen – ‘Semoga FYP’
Pengalaman melucukan
@thesamsfamily01 kene serbu dgn jabatan agama weiii hahahahha#jabatanagamaislam #muar #jdt #fyp ? Funny video “Carmen Prelude” Arranging weakness(836530) – yo suzuki(akisai)
Menerusi video tersebut, wanita berkenaan mendedahkan bahawa dia dan suami menginap di hotel tersebut bagi menghadiri jemputan kahwin kenalannya.
Sedang dirinya hendak berehat sekitar jam 9 pagi, secara tiba-tiba loceng pintu bilik hotelnya dibunyikan oleh beberapa orang lelaki.
Suami saya pada waktu itu dalam bilik air sebab nak buang air besar jadi saya pun nak tengoklah siapa yang tekan loceng.
Jadi saya panggil suami saya dan saya sangkakan ada masalah dengan tempat letak kereta sebab kami parking kereta di tepi jalan sahaja.
Sebab sebelum ni pihak hotel ada minta nombor telefon kami kalau-kalau ada yang nak minta kami alihkan ke nanti senang.
Namun begitu, sangkaan wanita itu ternyata salah selepas mereka rupanya didatangi oleh beberapa pegawai dipercayai daripada Jabatan Agama Islam Johor.
Mereka pun tunjuk kad pengesahan mengatakan mereka daripada jabatan agama dan minta kebenaran untuk masuk.
Mereka pun minta kami kad kahwin dan sebagainya. Suami pun cakap, ‘Alamak saya ni dah dekat 18 tahun kahwin tapi tak buat kad kahwin lagi’.
Lepas itu mereka minta kami tunjuk gambar kahwin dan kami pun tergelak sebab kami ni pula tak simpan gambar kahwin dalam telefon.
Disebabkan tidak menyimpan gambar perkahwinannya di dalam telefon, wanita tersebut kemudiannya menelefon ahli keluarganya meminta untuk menghantarkan gambar kahwin daripada album pernikahan mereka dahulu.
Di akhir perkongsian itu, wanita berkenaan menyifatkan serbuan yang dilakukan ke atasnya dan suami sebagai satu pengalaman yang lucu buat mereka.
Sehingga artikel ini ditulis, video tersebut telah mendapat lebih 500,000 tontonan dan lebih 16,000 tanda suka.
Respon netizen
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar perkongsian itu dan mendedahkan pernah berdepan dengan situasi yang lebih kurang sama dihadapi wanita tersebut sebelum ini.