berita

[VIDEO] Tiada Kad TnG Punca Pakcik Lawan Arus Sejauh 2 Kilometer

October 30th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Semalam tular satu video di media sosial, yang membangkitkan kemarahan warganet, apabila pemandu kereta jenis Perodua Kelisa bertindak melawan arus jalan sepanjang dua kilometer.

Kejadian ini berlaku di Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA) menghala ke Pusat Bandar Shah Alam.

Lawan arus

Memetik laporan Harian Metro,pemandu Perodua Kelisa yang berumur 73 tahun itu bertindak memandu secara melawan arus disebabkan tidak mempunyai kad Touch’n Go (TnG).

Kejadian yang berlaku pada lima petang itu, menyebabkan sebuah kenderaan terbabas manakala sebuah lagi kereta bertembung dengan kereta Perodua Kelisa.

Pada mulanya lelaki itu memandu dari rumah di Seksyen 8 menuju ke pasar raya di Seksyen 13, namun tersalah jalan dan memasuki LKSA. Sebaik tiba di Plaza Tol Sri Muda, pemandu terbabit tiada kad ‘Touch n Go’ lalu berpatah balik melawan arus untuk pulang ke rumah.

2 buah kenderaan terlibat

Foto: Mohd Redzuan Abdul Manap

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib, sebuah kereta jenis Honda City yang dipandu di lorong kanan yang cuva mengelak Perodua Kelisa itu terbabas dan terbalik di sebelah kiri jalan di Kilometer 3.1 Lebuhraya LKSA.

Ketika kejadian, pemandu Honda City berusia 33 tahun itu dalam perjalanan dari tempat kerja di Klang hendak pulang ke rumah di Kota Kemuning dan kemudian dibawa ke hospital oleh rakannya. Kemudian berlanggar dengan kereta Perodua Myvi yang datang dari arah pusat bandar Kilometer 6.6 LKSA.

Walau bagaimanapun, pemandu Perodua Kelisa dan Perodua Myvi tidak mempunyai sebarang kecederaan. Kini, ketiga-tiga pihak sudah membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam. Tambahan pula, pemandu Perodua Kelisa sudah ditahan oleh pihak polis untuk tindakan lanjut dan kes ini akan disiasat mengikut Seksyen 42(1) APJ 1987 kerana memandu secara melulu.

Menurut anak suspek, bapanya dibawa balik ke rumah oleh orang awam dan dia bertindak membawa bapanya ke IPD Shah Alam bagi membuat laporan polis.

Sumber: Mohd Redzuan Abdul Manap Harian Metro

SKIP THIS AD ×