berita

‘Tiada Lagi JKKK Suka Bercakap’ – Kehilangan Pak Jabit Buat Netizen Sebak

September 7th, 2017 | by Shafika
Kini Trending

Siapa tengok filem Hantu Kak Limah Balik Rumah pasti akan mengenali pelakon veteran, Abdul Rahman Kadir atau Man Kadir Samsi. Arwah lebih dikenali sebagai Pak Jabit meninggal dunia di klinik di Lanchang, 7.10 pagi tadi.

Perkara itu disahkan anaknya, Atan Salim menerusi akaun Facebook Allahyarham pagi ini. Ramai netizen melahirkan rasa sedih dengan pemergian arwah. Al-Fatihah.

7.10 pagi meninggal

Status ini dimuat turun satu jam sejurus arwah menghembuskan nafas terakhir oleh anaknya sendiri. Allahyarham dipercayai mengidap penyakit jantung ke klinik berkenaan untuk mendapatkan rawatan selepas mengadu sakit dada awal pagi tadi.

Dikebumikan di Rantau Panjang

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Kampung Rantau Panjang, Lanchang dan dikebumikan selepas solat Zohor di Tanah Perkuburan Islam di situ.

Selain Hantu Kak Limah Balik Rumah, Allahyarham yang pernah bertugas sebagai wartawan pada awal 1980-an, memulakan kerjaya lakonan TV melalui Rombongan Cik Kiah Ke Sukan Komanwel pada 1998.

Allahyarham juga turut dikenali melalui filem Man Laksa, Zombi Kampung Pisang dan Zombi Kilang Biskut, semuanya di bawah arahan Mamat Khalid.

Tiada lagi JKKK suka bercakap

Kami dari Oh!Bulan mengucapkan salam takziah buat Pak Jambit sekeluarga. Semoga arwah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Sumber : Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×