berita

Tiada Lagi Sepahtu, Jambu & Jozan.. Ini 5 Sebab Kenapa Maharaja Lawak Mega 2016 Tak Happening Macam Dulu

January 21st, 2016 | by Ash Nordin
Kini Trending

mlm

Maharaja Lawak Mega (MLM) merupakan salah satu program/rancangan paling popular di Malaysia. Boleh kami katakan, setiap tahun rakyat Malaysia tak sabar nak tunggu MLM musim yang baru. Kumpulan legend seperti Sepahtu, Jambu, Shiro, Bocey, Jozan antara kumpulan yang digemari ramai. Kalau ada diorang tu memang happening beb!

Walaubagaimanapun, kami rasa MLM tahun ni mungkin tak meriah macam dulu. Kami pun tak perasan MLM akan bermula minggu hadapan iaitu pada 29 Januari 2016 (Jumaat). Nak tahu sebab apa? Ini pendapat kami. Anda pula bagaimana?

1) Ketiadaan arwah Pak Yus masih terasa

Screen Shot 2016-01-21 at 11.52.09 AM

Tak dinafikan lagi, walaupun beberapa bulan arwah Pak Yus dah meninggalkan kita. Ketiadaannya masih terasa. Tiada lagi lawak slumber dan masuk air arwah denga Tauke. Bukan atas pentas sahaja beliau disenangi.

Malah arwah juga antara orang yang disenangi oleh peserta lain di belakang pentas. Sentiasa bergurau untuk merapatkan silaturrahim antara pelawak-pelawak. Antara yang rapat dengan arwah ialah Jep Sepahtu dan Ajak Shiro.

2) Tiada lagi penarik..

1

Sepahtu? Jozan? Zero? Shiro? Jambu? Semuanya tidak ada dalam MLM  tahun ni. Kebanyakannya pihak MLM memperkenalkan banyak muka baru. Mungkin mereka (Kumpulan baru) ini punyai bakat tersendiri yang kita tak nampak lagi? Hmm.. Sama-sama kita tunggu ye

3) Err.. siapa diorang ni?

2

Err.. Mungkin anda akan cakap kami tak up to date, tapi daripada menipu baik kami jujur je. Sebenarnya banyak juga peserta baru yang kami tak kenal. Nak cukupkan quota atau ramai pelawak legend yang ingin berehat untuk MLM musim ini?

4) Kami kenal beberapa kerat je

3

Selepas lihat list pelawak yang akan bertanding dalam MLM tahun ni, kami pasti ramai yang kenal ialah Bocey, LOL, Saywho, Shake, Cham dan Jaros je. Yang lain tu macam.. Err.. Okay.. boleh kot. Entah la kami tak tahu nak cakap macam mana. Huhu

5) Macam dah tahu je siapa yang akan ke Final

Screen Shot 2016-01-21 at 12.03.27 PM

Kami rasa-rasa belum pun MLM mula lagi, kami rasa dah ada kumpulan favorite yang akan masuk ke peringkat akhir, antaranya Bocey dan LOL. Faktornya ialah sebab mereka ni mempunyai pengikut sendiri dan agak lama dalam industri komedi ni.

Tapi sabar.. mungkin kumpulan baru yang korang tak kenal tu akan buat korang tergelak tak ingat nanti. Orang putih kata ‘Don’t judge the book by its cover’ kan? Huhu..

Kredit foto: Astro Gempak

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×