berita

Tiada Lagi Adengan LGBT Dalam Filem, Drama

December 10th, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Dewan Rakyat memaklumkan segala unsur serta adegan yang mempamerkan atau mempromosikan budaya hidup songsang seperti Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) akan dipotong dan tidak akan diluluskan untuk tayangan umum. Perkara tersebut dibangkitkan apabila Ahmad Amzad Mohamed (PAS-Kuala Terengganu) menujukan soalan kepada Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Mohd Azis Jamman mengenai langkah kerajaan untuk menyekat budaya songsang seperti LGBT dalam penerbitan filem dan drama di negara ini.

Berdasarkan garis panduan

Menerusi laporan Astro Awani, beliau berkata, sebarang tayangan berkaitan budaya hidup songsang untuk tontonan umum tidak dibenarkan. Ia berdasarkan garis panduan yang telah ditetapkan Lembaga Penapisan Filem di Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Lembaga Penapisan Filem KDN telah ditubuhkan di bawah Akta 620 Penapisan Filem 2002, yang empat aspek utama perlu diambil kira dalam proses penapisan filem dan drama oleh lembaga berkenaan.

Aspek-aspek itu adalah aspek keselamatan dan kesejahteraan awam, keagamaan, sosiobudaya serta ketertiban dan ketatasusilaan. Budaya LGBT termasuk di bawah sosiobudaya, jadi lembaga akan memotong dan tidak akan meluluskan apa sahaja adegan dan dialog yang mempromosikan budaya songsang itu dalam filem dan drama.

Sekiranya ada pengajaran, adegan tidak akan dipotong

Tambah beliau lagi, lembaga berkenaan tidak akan memotong adegan sedemikian sekiranya mendapati terdapat pengajaran yang boleh diambil daripada adegan dan lakonan itu.

Sumber: Astro Awani

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×