berita

Tiada Maaf, Panggil Mak Kami Bodoh – Layanan Pekerja Kedai Terhadap Lelaki Ini Sungguh Biadap!

May 10th, 2017 | by Arini Saleh
Kini Trending

Dalam berbisnes, kepuasan pelanggan adalah perkara utama yang perlu dititikberatkan. Hal ini sangat penting untuk menjamin perniagaan kita dikenali ramai dan kekal lama. Malah, jika berhadapan dengan masalah sekalipun, ‘customer service’ mestilah sentiasa tiptop.

Di facebook, lelaki ini meluahkan rasa kecewa dan tidak puas hati setelah mereka sekeluarga dituduh mencuri. Bila benda sudah setel, satu perkataan maaf pun tak ada. Panggil orang bodoh lagi tu. Siapa tak hangin kan.

Tuduh mencuri, tak minta maaf & panggil mak kami bodoh

9 May 2017, kami sekeluarga ke Sunway Velocity untuk membeli beberapa barang di ***. Selesai shopping, kami pergi menjamu selera dan datang semula untuk beli barangan lain. Sejurus meninggalkan kedai itu, 2 orang pekerja kedai mengejar dan memanggil polis. Polis mall menangkap kami di hadapan Vincci sambil  pekerja tersebut membuat kekecohan menuduh kami mencuri sedangkan kami tidak terlibat.

Kemudian kami dibawa ke ‘Control Room’ dan disoal siasat. Setelah itu kami dibawa pula ke ‘Meeting Room’ bersebelahan mall. Untuk pengetahuan semua, ibu saya mempunyai masalah berjalan. Setelah itu, polis bawa pekerja itu ke kedai untuk memeriksa CCTV sekali lagi. Selepas 20 minit, polis kembali tanpa 2 orang pekerja kedai tersebut. Polis membebaskan kami, namun tiada seorang pun pekerja kedai datang meminta maaf kerana telah membuang masa serta menyusahkan ibu saya.

Kami pergi semula ke kedai dan minta mereka mohon maaf. Namun, pengurus kedai tersebut tidak mengendahkan sambil pekerja itu panggil ibu saya ‘bodoh’.

Mana rasa hormat kamu?

Kamu buat silap? Fine. Kamu tuduh kami mencuri? Fine. Tapi kamu dah malukan kami depan orang ramai, sekurangnya minta maaflah. Malah kamu menghina ibu kami yang terang-terangan tidak bersalah. Polis dah periksa CCTV dan tiada barang curi ditemui pun. Kamu masih nak hina ibu kami?

Mana rasa hormat kamu? Kami customer tetapi kamu sewenangnya menghina.

sumber: Andrew Ho

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×