berita

Tiada Masalah Tanpa Google, HUAWEI Perkenal App Gallery Dengan Fungsi Lebih Menarik!

April 21st, 2020 | by Nurul
Kini Trending

Macam yang korang tahu, peranti HUAWEI kini tidak lagi disertakan dengan aplikasi Google. Tapi, semua tu tak jadi masalah pun kerana HUAWEI kini telah memperkenalkan gedung aplikasinya tersendiri iaitu HUAWEI AppGallery untuk semua perantinya!

Nak tahu apa lagi yang menarik tentang HUAWEI AppGallery? Jom kami terangkan!

Takde masalah tanpa Google!

Bagi yang tertanya-tanya tentang fungsi HUAWEI AppGallery, korang dah boleh tersenyum lebar sebab apa sahaja aplikasi dan perkhidmatan yang tersedia di Google Play Store, HUAWEI AppGallery juga mempunyai fungsi yang sama! Jom layan dulu video ni:

Kalau Google Play Store terkenal dengan aplikasi Gmail, HUAWEI AppGallery pula mempunyai aplikasi e-mel HUAWEI yang boleh sync kepada lebih daripada satu domain e-mel, termasuk Gmail. Jadi, lepas ni lebih mudahlah untuk korang mengakses e-mel peribadi dan kerja dengan satu aplikasi sahaja!

Perkhidmatan essential dari HUAWEI AppGallery!

Bukan itu je, HUAWEI AppGallery turut memperkenalkan pelbagai aplikasi baru yang boleh membantu urusan seharian korang, setaraf dengan aplikasi penting yang sering kita gunakan di Google. Antaranya adalah:

HUAWEI Cloud

Berbanding Google Drive, HUAWEI Cloud menyediakan penyimpanan sehingga 50GB percuma selama setahun!

HUAWEI Video & HUAWEI Music

Menggantikan Google Play Music dan Google Movie & TV, HUAWEI Video dan HUAWEI Music memberikan korang Akses Premium Percuma selama 3 bulan!

HUAWEI MeeTime

Image from HUAWEI

Walaupun dalam keadaan pengcahayaan rendah atau dalam rangkaian yang lemah, aplikasi panggilan video MeeTime ni menyediakan audio dan resolusi yang tinggi dan stabil! Korang juga boleh berkongsi skrin dengan pemanggil, sekaligus menjadikan ia sebagai aplikasi yang sesuai digunakan sama ada untuk bekerja ataupun sesi catch up dengan yang tersayang!

HUAWEI Theme App & Member Center

Lebih menarik, HUAWEI AppGallery juga mempunyai HUAWEI Theme App dan Member Center yang berfungsi dalam memberikan sokongan dan memenuhi semua keperluan korang!

Quick Apps, akses aplikasi tanpa perlu muat turun!

Ciri baru HUAWEI AppGallery turut memperkenalkan fungsi ekslusif Quick Apps yang membolehkan korang mengakses aplikasi tanpa perlu memuat turun dan berfungsi dengan segera di telefon tanpa syarat. Jimat masa dan data! Best kan?

Korang yang suka main game pun tak ketinggalan sebab di HUAWEI AppGallery ni, ada macam-macam jenis game yang korang boleh main dari game lokal hinggalah game international, semua ada!

Faedah tanpa henti kepada pengguna HUAWEI AppGallery!

Selain aplikasi-aplikasi hebat, HUAWEI AppGallery juga memberikan pelbagai kebaikan secara berterusan kepada penggunanya, seperti penebusan ganjaran dan faedah serta akses kepada pelbagai aplikasi seluruh dunia, khususnya games!

Paling mengagumkan, HUAWEI AppGallery juga boleh dikategorikan sebagai salah satu aplikasi yang paling selamat dan telah dianugerahkan CC EAL 5 terbaik dalam industri serta sijil keselamatan.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom dapatkan produk terbaru dari HUAWEI (HUAWEI Siri P40, MatePad Pro dan Watch GT 2e) di sini dan rasai sendiri pelbagai faedah dan ganjaran menarik di HUAWEI AppGallery!

Untuk maklumat lanjut tentang HUAWEI AppGallery, layari laman web HUAWEI.