Sempena hari raya yang mulia ini, pelakon, Izreen Azminda diberi kesempatan untuk bertemu dengan bekas isteri kepada suaminya iaitu Intan Liana Saleh dalam sesi rakaman Melodi Raya, baru-baru ini. Susulan daripada rakaman program tersebut, Izreen telah membuat permohonan maaf kepada Intan.
Artikel berkaitan: Selepas 4 Tahun Dihimpit Kontroversi, Izreen Azminda Syukur Dapat Jumpa Intan & Minta Maaf
Artikel berkaitan: ‘Mana Mungkin Boleh Melupakan’ – Intan Liana
Kisah mengenai kedua-dua mereka tidak habis di situ sahaja, Intan turut kelihatan memuat naik posting dan berkongsi kapsyen berkaitan ‘niat’ di Instagramnya. Namun, tidak dipastikan sama ada posting berkenaan ditujukan kepada Izreen atau sebaliknya. Terbaru, penerbit Melodi menjelaskan bahawa pihaknya sudah melakukan urusan tersebut secara beretika dan tidak memaksa mana-mana pihak.
Dapat persetujuan kedua-dua pihak
Menerusi laporan Harian Metro, penerbit Melodi iaitu Noradillah Abdullah atau lebih dikenali sebagai Adeed memberitahu bahawa pihaknya sendiri yang menghubungi Izreen dan juga Intan untuk mendapatkan persetujuan mereka bagi dipertemukan dalam rakaman Melodi Raya tersebut. Tambahnya, tiada sebarang paksaan daripada pihak Melodi juga.
Ketika hubungi Intan, saya terlebih dahulu sudah jelaskan mengenai satu segmen yang kami nak buat dinamakan Buang Yang Keruh Ambil Yang Jernih. Segmen ini, kami (Melodi) nak pertemukan Intan dan Izreen untuk program Melodi Raya. Kalau setuju, kita nak jemput dia (Intan).
Begitu juga, yang saya cakap pada Izreen ketika hubungi dia dan bertanya. Malah, dia (Izreen) kata boleh, tapi minta saya dapatkan persetujuan daripada Intan. Jadi, mereka dipertemukan selepas kedua-duanya bersetuju tanpa sebarang paksaan pun.
Di samping itu, Adeed turut memaklumkan Melodi bukanlah pihak yang cuba untuk mempermainkan sesiapa. Bahkan, persetujuan memang diminta terlebih dahulu dan dia tidak sesekali bertindak melulu atau bersikap memandai-mandai.
Kami tak paksa
Saya ingat jawapan yang diberikan Intan dan dia sangat profesional. Sejujurnya, saya kagum dengannya. Dia kata okay, boleh dan saya tanyakan dua kali padanya untuk ‘confirm’. Saya ulang cakap, segmen ini nak pertemukannya dengan Izreen dan dia kata, boleh. Di pihak kami (Melodi), memang takkan paksa. Malah, itu adalah cara kerja saya. Pada saya, kalau orang nak datang, datang. Kalau belum bersedia, mereka boleh cakap terus dan kami pun bukan jenis memaksa.
Jelas Adeed lagi, pihak Melodi sebenarnya ada meminta persetujuan daripada beberapa artis lain yang didapati terkait masalah dan ingin dipertemukan untuk segmen berkenaan. Tapi, apabila mereka menolak atau salah satu pihak belum bersedia, pihaknya akur dan menerima sahaja keputusan itu.
Sumber: Harian Metro