berita

Tiada Perlindungan & Simpanan Bagi Pemandu Grab? Ini Antara 3 Perkara Yang Selalu Disalah Anggap!

July 28th, 2022 | by Syakilla Marzuki
Kini Trending

Seperti yang korang semua tahu, Grab menawarkan pelbagai perkhidmatan pengguna dan kewangan dalam satu platform mudah alih. Salah satunya adalah perkhidmatan sebagai rakan pemandu dan rakan penghantar.

Ada juga yang buat Grab ni secara sepenuh masa mahupun separuh masa. Ha cakap pasal ni, korang mesti pernah dengar kalau nak jadi pemandu atau rakan penghantar Grab ni tak berbaloi, malah ia juga sering disalah anggap dengan perkara yang tak betul kan? Contohnya adalah…

1. Perlu kos yang tinggi untuk menjadi pemandu e-hailing dengan Grab

Ada sesetengah pihak yang cakap kalau nak jadi pemandu e-hailing Grab ni memerlukan kos dan modal yang tinggi sebab korang perlu dapatkan lesen kenderaan awam (PSV), di mana lesen tersebut merupakan sejenis lesen memandu vokasional yang membolehkan pemegangnya untuk memandu kenderaan untuk tujuan pengangkutan.

Tapi korang tau tak yang Grab memberikan subsidi sehingga 100% dan mereka akan menanggung dan membayar balik sehingga RM120 kos latihan PSV dan ujian PSV tersebut.

Best kan! Korang pun boleh terus mula memandu dengan Grab tau!

Selain itu, Grab juga merupakan platform yang menyediakan jumlah subsidi yang tinggi untuk perkhidmatan e-Hailing. Antaranya adalah:

  1. RM70 kos pemeriksaan Kenderaan PUSPAKOM
  2. RM110 kos Permit Kenderaan E-hailing (EVP)
  3. RM50 kos pemeriksaan kesihatan untuk lesen PSV bagi pemandu di Lembah Klang
  4. RM80 kos pemeriksaan kesihatan untuk lesen PSV bagi pemandu luar Lembah Klang

Layari sini untuk info lebih lanjut tentang proses mendapat lesen PSV bersama Grab. 

2. Tiada sebarang bentuk perlindungan kepada penghantar atau pemandu Grab?

Nak jadi Rakan-Penghantar atau Rakan-Pemandu e-hailing ni bukan senang. Yelah, mana taknya, bukan saja bimbang akan keselamatan malah kos perubatan juga diambil kira sekiranya terlibat dalam kemalangan kan? Bagaimana pula dengan masa depan tanggungan sekiranya kejadian yang tidak diingini yang menimpa tu? Banyak risiko macam ni ada yang nak tanggung ke?

Bermacam persoalan bermain difikiran korang tu. Dah! Tak payah pening-pening. Rakan-penghantar kini bakal dilindungi dengan bukan satu, tetapi dua jenis insurans dalam satu masa!

Biar betul? Ye! Grab akan bantu korang menangani risiko kemalangan jalan raya dengan Insurans Perjalanan Grab (Personal Accident) dan Insurans Bulanan 24/7 GrabBenefits (Personal Accident) baharu! Dengan perlindungan berganda daripada mereka, korang dah tak perlu risau lagi sekiranya terlibat dalam kemalangan jalan raya.

Sementara itu, bagi pemandu Grab pula, korang boleh memilih pelan insurans peribadi sendiri dengan kos serendah RM5.50 sebulan di mana korang akan dilindungi untuk kematian akibat kemalangan, kebakaran tahap ketiga dan bayaran balik untuk perbelanjaan perubatan.

Ada 3 jenis pelan yang ditawarkan dan korang bebas untuk memilih mana-mana pelan yang bersesuaian bagi melindungi pasangan dan keluarga masing-masing. 

Untuk maklumat lanjut, layari sini untuk insuran penghantar dan di sini untuk insuran pemandu Grab.

3. Tiada simpanan jangka panjang untuk persaraan

Sering kali kita dengar orang bercakap bahawa menjadi rakan pemandu atau rakan penghantar Grab ni takde masa depan lah, takde simpanan untuk jangka masa panjang dan macam-macam lagi.

Tapi korang tau tak sebenarnya tanggapan tu semua adalah salah! Buat Grab ini bukan saja cukup nak tampung pendapatan setiap bulan, malah siap ada jaminan kewangan masa hadapan tau! 

Korang boleh dapat melalui i-Saraan iaitu skim caruman sukarela dengan insentif persaraan eksklusif untuk ahli KWSP yang bekerja sendiri dan tidak memperoleh pendapatan tetap. Melalui skim ini juga, korang akan menerima tambahan 15% caruman kerajaan setiap tahun (terhad pada RM250/tahun) di atas caruman korang sendiri ke dalam akaun KWSP.

Korang boleh mendaftar untuk i-Saraan sekiranya memenuhi kriteria berikut;

  • Rakyat Malaysia
  • Berumur 60 tahun ke bawah
  • Bekerja sendiri
  • Ahli KWSP berdaftar

Selain itu, sebagai tanda penghargaan di atas kerja keras korang, rakan berprestasi tinggi juga akan menerima caruman tambahan 10% daripada Grab untuk mereka yang layak. 

Layari sini untuk maklumat lanjut tentang caruman i-Saraan.

Tunggu apa lagi? Jom daftar & mula aktifkan sebagai pemandu Grab untuk dapatkan bonus RM 1,000!

Ha…lagi best bila korang berpeluang untuk dapatkan bonus RM1,000 tau apabila korang mengaktifkan dan mula memandu sebagai Pemandu Grab.  Caranya mudah je, korang boleh ikut langkah dibawah:

  1. Tekan di sini dan daftar sebagai pemandu Grab.
  2. Lengkapkan latihan dalam talian anda dan pengesahan bersemuka.
  3. Dapatkan Lesen PSV anda.
  4. Dapatkan Permit Kenderaan e-Hailing (EVP) anda daripada Grab dan mula memandu.

Mudah je kan! Untuk maklumat lanjut, korang boleh tengok dekat SINI.

Ha! Banyak sebenarnya kelebihan yang korang tak tau mengenai Grab sebelum ni. Rasanya memang berbaloi bila korang dapat buat Grab ni untuk menambah pendapatan korang. Masa kerja pun fleksibel, lagilah seronok kan?

Jadi, tunggu apa lagi? Jom daftar sebagai Rakan-Pemandu atau Rakan-Penghantar Grab hari ini!

SKIP THIS AD ×