berita

Tiada Petunjuk Penggunaan Dadah Atau Alkohol, Ini Hasil Bedah Siasat Mayat Naya Rivera

July 15th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Kehilangan pelakon siri muzikal popular, Glee, Naya Rivera terungkai selepas pihak polis menjumpai mayatnya enam hari kemudian. Wanita yang berusia 33 tahun itu ke tasik berkenaan untuk meluangkan masa bersama anak sebelum lemas.

Artikel berkaitan: ‘Guna Sekuat Tenaga Selamat Anak, Tapi Tidak Dirinya’ – Naya Rivera Ditemui Mati Lemas Di Tasik Piru

Terbaru, pihak polis mendedahkan hasil bedah siasat yang telah dijalankan ke atas mayat.

Mati lemas

Menerusi satu kenyataan, Pejabat Pemeriksaan Kesihatan Ventura County mengesahkan mayat yang dijumpai pada 13 Julai adalah milik Naya Rivera. Punca kematian adalah disebabkan lemas secara tidak sengaja.

Pada pagi bertarikh 13 Julai lalu, jabatannya ada menerima laporan mengenai penemuan mayat seorang wanita di Tasik Piru. Keadaan dan ciri-ciri yang ada pada mayat tersebut disyaki Naya Rivera dan identiti disahkan betul selepas melakukan proses pengecaman.

‘Just the two of us’

Mayat juga telah menjalani pemeriksaan x-ray dan post mortem. Hasil penemuan mendapati keadaan mayat adalah konsisten dengan masa mangsa mula tenggelam.

Tiada sebarang kecederaan atau penyakit lain dikenal pasti. Malah, tiada petunjuk menandakan mangsa menggunakan dadah atau alkohol sehingga menyebabkan kemalangan berlaku. Walau bagaimanapun, spesimen akan dihantar ke bahagian toxicology untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber : VENTURASHERIFF

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×