PU Syed tampil memberi teguran terhadap sebuah drama yang didakwa telah mencetuskan kontroversi dalam kalangan masyarakat, susulan terdapat watak-watak Islamik yang dikaitkan dengan perbuatan negatif.

Artikel Berkaitan: ‘Tiada Rasa Bangga & Megah Dengan Pangkal Nama Syed’ – PU Syed

Artikel Berkaitan: PU Syed Tegur Muzik Video ‘Sempurna’ – ‘Paling Sampah, Separuh L*cah!’

Teguran PU Syed

@pusyedofficial

Cerita mengarut ini mesti di sekat dari dipertontonkan kpd masyarakat!! Sampaikan Teguran terbuka ambe kpd pelakon lama Puan Ellie Suriaty serta seluruh yg terlibat dgn drama ini Cukup²lah mencemarkan watak orang berjubah berserban…. Malaysia masih banyak isu yg boleh diketegahkan, kenapa isu2 sebegini yg masih dijadikan modal utk didramakan? Mohon Jabatan Kemajuan Islam Malaysia – JAKIM serta yg berkaitan dgannya utk melihat isu ini dan mengambil tindakan sewajarnya. PU Syed #AdeAmbeTakut

♬ original sound – PU Syed Original – PU Syed Original

Menerusi hantaran di TikTok, pemilik nama Syed Mohd Bakri Syed Ishak itu meluahkan rasa kesal apabila drama tersebut memaparkan watak-watak berimej Islamik, namun menggambarkannya sebagai individu yang melakukan perkara tidak bermoral.

Kita melihat bagaimana seseorang yang memakai serban, tudung labuh tapi menunjukkan perbuatan yang sangat tidak baik.

Walaupun nak tunjuk seperti ajaran sesat tapi tak boleh tunggang agama sebegitu rupa.

Mengaitkan tentang orang yang gaya Islamik, tapi menggambarkan watak yang kotor dan buruk. Nanti muncul pula watak yang tak pakai tudung, seksi tapi berwatak baik.

PU Syed menegaskan babak-babak keterlaluan tidak patut dipertontonkan kepada masyarakat dan menggesa pihak berwajib memantau drama tersebut.

Ini adalah pencabulan bagi saya dan saya harap pihak yang berwajib seperti Jabatan Agama Islam serta yang terlibat dengan penapisan filem atau drama, tolong tengok cerita ini.

Kalau nak tunjuk perbuatan mungkar sekalipun, perlukah babak-babak seperti ini? Mencium betis..mencium tangan, itu bukan mahram.

Sampai bila kita nak berkompromi dengan perbuatan mungkar seperti ini dalam masyarakat kita?

Hukum haram

Dalam masa sama, PU Syed turut menekankan tentang batas pergaulan bagi pelakon yang bukan muhrim serta hukum agama yang perlu dijaga meskipun ia adalah hanya lakonan semata-mata.

Walaupun berlakon, tetap seseorang itu terkait dengan hukum. Menyentuh yang bukan mahram, hukumnya haram.

Apatah lagi babak seperti itu, tidak sepatutnya ada.

Saya harap sangat kepada yang bertanggungjawab, tolong pantau perkara ini, adakah ia dibenarkan?

Sementara itu, PU Syed juga menyarankan agar drama tersebut tidak lagi dipertontonkan, selain turut menegur pelakon yang terlibat dalam karya berkenaan.

Cerita mengarut ini mesti disekat dari dipertontonkan kepada masyarakat.

Sampaikan teguran terbuka saya kepada pelakon Ellie Suriaty, serta seluruh yang terlibat dengan drama ini.

Cukup-cukuplah cemarkan watak orang berjubah dan berserban.

Malaysia lebih banyak isu yang boleh diketengahkan, kenapa isu-isu sebegini yang masih dijadikan modal untuk drama?

Sumber: TikTok PU Syed