berita

Tiada Solat Jumaat Di Selangor Sepanjang PKPB

October 14th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Dua hari lepas Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) akan dilaksanakan di seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berkuatkuasa bermula 14 Oktober 2020 sehingga 27 Oktober 2020.

Artikel BerkaitanPKPB Dilaksanakan Di Seluruh Selangor, Kuala Lumpur & Putrajaya Bermula 14 Oktober

Terkini, Majlis Agama Islam Selangor (JAIS) menerusi kenyataan medianya memaklumkan akan menangguh segala aktiviti di masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat fardhu di seluruh negeri Selangor sepanjang tempoh PKPB dilaksanakan.

Tangguh terlebih dahulu

Gambar sekadar hiasan

Keputusan penangguhan ini dibuat selaras dengan penguatkuasaan PKPB yang dilaksanakan bagi mengekang penularan wabak Covid-19 yang kian meningkat. Antara aktiviti yang ditangguhkan adalah solat fardhu Jumaat, solat fardhu lima rakaat dan aktiviti-aktiviti lain yang dijalankan di masjid mahupun surau. Penangguhan ini akan memberi kesan kepada 425 buah masjid, 278 surau kebenaran solat Jumaat dan 1,747 surau.

Tambahan pula, pentadbir masjid dan surau negeri Selangor hendaklah memastikan solat fardhu Jumaat tidak dilaksanakan sepanjang tempoh PKPB ini, dan diganti dengan solat Zohor di rumah masing-masing. Pihak JAIS turut menggariskan beberapa perkara iaitu:

  1. Solat fardhu berjemaah lima waktu hendaklah dilaksanakan dengan had bilangan jemaah yang tidak melebihi tiga orang sahaja.
  2. Azan hendaklah berkumandang pada setiap waktu.
  3. Kuliah-kuliah agama dan aktiviti pengimarahan masjid akan ditangguhkan terlebih dahulu.

Patuh akan SOP

Gambar sekadar hiasan

Ahli jemaah juga dinasihatkan supaya terus berdisiplin patuh akan SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan dan melaksanakan kawalan kendiri dalam kehidupan seharian. Pihak JAIS turut akan memaklumkan jika terdapat sebarang perubahan dari semasa ke semasa.

Kenyataan media

Sumber: Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

SKIP THIS AD ×