berita

Tiada Syurga Buat Anak Yatim, Fizi Dikecam & Trending Di Indonesia Gara-Gara Tersalah Cakap

May 28th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Siri animasi Upin dan Ipin terbitan Les’ Copaque merupakan salah satu kartun yang menjadi kegemaran kanak-kanak. Ragam pasangan kembar Upin Ipin bersama rakan-rakan kampung yang petah berbicara bukan sahaja menghiburkan malah memberi banyak pengajaran berguna.

Terbaru, watak Fizi menerima kecaman gara-gara mulut ‘laser’ yang mengguris perasan Upin dan Ipin.

Tak ada syurga sebab anak yatim?

 

View this post on Instagram

 

Gara-gara video ini, Fizi kini dibenci ? . Maafkanlah Fizi ? . #fizi #upinipin

A post shared by Upin & Ipin | By Les’ Copaque (@upinipinofficial) on

Di dalam salah satu babak episod “Syahdunya Syawal” itu, Fizi memberitahu tiada syurga bagi sesiapa yang tidak mempunyai ibu bapa. Upin dan Ipin yang berasa tersinggung terus kelihatan sugul dan tidak bersemangat.

Opah yang menyedari perkara tersebut menenangkan Upin dan Ipin dengan memberitahu syurga sentiasa ada bagi sesiapa yang berbuat baik.

Tunggu kita di syurga ya

Orang ramai merasakan watak yang dibawakan Fizi sebagai seorang kanak-kanak keterlaluan dan memberi mesej tidak baik kepada penonton. Malah, Fizi sendiri telah menjadi trending di Indonesia gara-gara mendapat terlalu banyak kecaman.

Trending di Indonesia

Sumber : Les’ Copaque, Upinipinofficial

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×