berita

Tandas Awam Khas LGBT Tidak Akan Diwujudkan

November 21st, 2018 | by Shafika
Isu & Kontroversi

Sebelum ini, golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) makin berani menyuarakan hak kesamarataan mereka kepada pihak kerajaan termasuklah tandas khas untuk golongan ini. Terbaru, kerajaan negeri Pahang tidak bercadang untuk memperkenalkan kemudahan tandas awam khas bagi golongan terbabit.

Bukan satu keperluan

Menerusi laporan Harian Metro, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Perpaduan, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga negeri, Datuk Seri Shahaniza Shamsuddin berkata, di Pahang setakat ini kerajaan negeri tidak melihat sebarang keperluan untuk menyediakan kemudahan berkenaan.

Kita tidak bercadang untuk memperkenalkan tandas awam khas kepada golongan LGBT dan tidak ada keperluan untuk berbuat demikian bagi kegunaan golongan berkenaan.

Isu ini (LGBT) perlu diselesaikan dengan pendekatan yang sudah dan sedang dilaksanakan pihak berwajib, termasuk peranan dimainkan badan bukan kerajaan (NGO) dan kerajaan Pusat.

JAIP berterusan menjalankan operasi banteras gejala sosial

Terdahulu, beliau berkata, pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) sudah menjalankan operasi membanteras masalah sosial, termasuk LGBT serta isu ‘Mak Nyah’ di bandar Kuantan secara berterusan mengikut Seksyen 33 dan 34 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Pahang 2013.

JAIP sentiasa melakukan tugas penguatkuasaan dibantu agensi kerajaan lain dan NGO, bagi membanteras kegiatan ini daripada terus berlaku.

Selain itu, pelbagai aktiviti dan program kesedaran atau pemulihan membabitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) dan Persatuan Insaf Pahang juga diadakan seperti program Mukayyam sejak 2011 dengan kerjasama Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan diteruskan sehingga kini.

Sumber: Harian Metro

The following two tabs change content below.

Shafika

Content Champion at Rev Asia Berhad
I'm not fat, I'm just easy to see

SKIP THIS AD ×