berita

‘Tiada Yang Selamat Hingga Semuanya Selamat’ – 40 Petugas Kesihatan Dijangkiti Covid-19 Lepas Selesai Vaksinasi

April 17th, 2021 | by Shahira
Kini Trending

Foto: Sinar Harian

Seramai 40 petugas kesihatan telah dijangkiti Covid-19 selepas selesai mendapatkan dua dos vaksin. Perkara tersebut diumumkan sendiri oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi satu kenyataan yang dimuat naik di akaun rasmi Facebooknya.

40 petugas kesihatan dijangkiti Covid-19

Foto: Sinar Harian

Menurut Dr Noor Hisham lagi, sebanyak 31 kes yang dilaporkan dijangkiti kurang dari dua minggu selepas menerima suntikan dos kedua manakala lagi sembilan kes adalah mereka yang dijangkiti lebih dari dua minggu selepas melengkapkan dos vaksinasi.

Dalam masa sama, sebanyak 142 kes petugas kesihatan yang dijangkiti selepas menerima dos pertama.

Meskipun begitu, beliau memaklumkan tiada sebarang gejala teruk yang dialami oleh kesemua mereka yang dijangkiti. Tambah Dr Noor Hisham lagi, meskipun seseorang itu sudah menerima vaksin Covid-19 tetapi mereka masih boleh dijangkiti namun berkemungkinan tidak mempunyai gejala teruk.

Walaupun vaksin memberi sedikit harapan dalam perang melawan Covid-19 , namun kita tidak boleh melonggarkan semua langkah keselamatan awam selepas vaksinasi dijalankan. Ini kerana tiada yang selamat sehingga semuanya selamat.

Dalam kesempatan itu, Dr Noor Hisham menasihati orang ramai supaya mematuhi langkah kesihatan awam iaitu 3W (wash, wear, warn) dan elakkan perkara 3C (crowded, confined, close).

Sumber: Dr Noor Hisham

SKIP THIS AD ×