Isteri kepada pelawak terkenal, Shuib iaitu Watie Hanafiah belum merancang untuk menimang cahaya mata sendiri bersama suami.
Anak-anak nak adik baharu
Ketika ditemui OhBulan!, Watie berkata, buat masa sekarang dia mahu menumpukan sepenuh perhatian untuk menjaga dan membesarkan empat anak tirinya iaitu Uwais Alqarni, 11, Dzahira Talita Zahra (10), Ariq Marin (6) dan Ayash Affan yang kini berusia 2 tahun.
Talita pernah minta nak adik baharu. Tapi, apabila saya bersama Ayash mereka cemburu. Macam mana agaknya kalau saya ada anak sendiri? Saya bimbang nanti mereka fikir saya melebih-lebihkan anak sendiri. Jadi, takut nak bagi mereka adik.
Sementara itu, Shuib berkata, dia dan Watie tidak pernah berbincang mengenai perkara tersebut malah dia juga tidak merancang untuk memiliki zuriat baharu.
Hari-hari mereka ‘order’ adik tapi mereka tidur sekatil bersama. Jadi macam mana? Lebih baik kami fokus dahulu dengan anak-anak yang ada sekarang sehingga mereka lebih matang.
Sekadar info, Shuib dan Watie bersama beberapa selebriti lain antaranya Bella dan ibunya Zarina Salleh, Didie Alias dan anak (Nur Diyana) serta Wany Kayrie dan ibunya (Mama Kay) bakal muncul di program masakan Dapur Tempur Selebriti.
Dapur Tempur Selebriti akan bersiaran sebanyak empat episod bermula 18 November 2023, setiap hari Sabtu di TV9 dan Tonton.