Sebagai seorang ketua keluarga, bapa sepatutnya bertanggungjawab menjadi pelindung. Selain daripada mencari nafkah, bapa seharusnya mendidik dan menyemai perasaan sayang dalam keluarga. Namun lain pula kisah yang dilalui gadis malang ini.
Fedtri Yahya menerusi instagramnya berkongsi kezaliman seorang bapa yang memukul dan memaki hamun anak. Si ibu pula setia dalam ‘kebodohan’ hanya membiarkan sahaja perbuatan si bapa. Anak menjadi trauma sehingga setiap hari berdoa supaya bapa cepat mati.
(Sekadar gambar hiasan)
Fedtri Yahya menerima mesej daripada seorang gadis malang yang menjadi mangsa kekejaman bapa sendiri. Semenjak kecil, dia dan ibu menjadi tempat bapa melepaskan marah. Selain dimaki hamun, dia juga sering dipukul sehingga dihalau daripada rumah.
Sumber : Fedtri Yahya