Penyanyi dan pelakon, Adibah Noor disahkan mengalami masalah saraf iaitu Bell’s Palsy yang menyerang bahagian muka sebelah kiri sejak tiga minggu lalu.
Menerusi laporan Harian Metro, pelantun suara ‘Terlalu Istimewa’ ini memberitahu bahawa dia sedang menjalani rawatan fisioterapi sebanyak 12 sesi.
Macam bocor
Sebenarnya perkara ini sudah berlaku tiga minggu lalu. Ketika itu saya perasan ketika berkumur sewaktu gosok gigi. Secara tiba-tiba air terpancut keluar dari mulut dan macam bocor. Jadi saya pun pergi ‘shooting ‘ dan dapati bibir tidak dapat nak mengucapkan kata-kata seperti biasa. Ia macam senget sikit.
Saya punya huruf T pun menjadi macam terlalu rapat dan huruf S pun bunyi lain. Memandangkan ia berlaku pada hujung minggu dan saya masih ‘shooting’, jadi saya tak dapat pergi hospital. Pada keesokan harinya saya pergi jumpa doktor dan dia terus panggil doktor pakar.
Menurut Adibah Noor, sebaik sahaja menjalani pemeriksaan, doktor telah sahkan bahawa dia mengalami Bell’s Palsy. Oleh itu, dia terpaksa pergi ke hospital setiap hari bagi melakukan fisioterapi. Adibah Noor juga berharap dia segera sembuh dan dapat kembali bekerja dengan normal.
Hampir sembuh dan semakin pulih
Alhamdulillah, ada lah juga orang panggil ‘shooting’. Saya tak nak lah muka senget. Selepas tiga minggu ada perubahan ketara. Sebelum ini kalau senyum bibir tak naik langsung. Sekarang okay lah sikit. Cuma, macam hari ini saya dapati ketika bercakap bibir tak senormal sebelum ini. Walupun ada banyak perubahan.
Apa boleh dikatakan, saya hampir sembuh dan semakin pulih. Perkara ini tak perlu masuk wad pun. Saya cuma datang hospital setiap hari buat fisioterapi di wajah. Ikutkan ada dua sesi lagi. Sebab saya ambil 12 sesi. Kalau selepas ini saya rasa masih perlukan rawatan saya akan teruskan. Tapi, insya Allah mungkin selepas ini dalam lima ke enam kali lagi okay dah. Insya Allah.
Selepas menjalani 10 sesi rawatan, Adibah memaklumkan terdapat banyak perubahan berjaya dilihat. Ujarnya lagi, dia akan meneruskan rawatan seandainya masih diperlukan. Terdahulu, pelakon, Faye Kusairiturut diserang penyakit yang sama. Namun begitu, keadaan kesihatannya turut kembali baik selepas menjalani beberapa siri rawatan juga.
Sumber: Harian Metro