berita

‘Tiba-Tiba Dia Hentak Tingkap Kereta I Banyak Kali…’

September 4th, 2020 | by Shahira
Kini Trending

Saban hari, kes-kes jenayah seperti ragut, samun, merompak sering kali terjadi tanpa kita duga. Golongan tidak bertanggungjawab ini tergamak melakukan perbuatan terkutuk tersebut semata-mata mahu mengaut keuntungan.

Terbaru, seorang wanita yang dikenali dengan nama Atikah Zaini berkongsi detik cemas yang dilaluinya ketika bergelut dengan 2 orang peragut.

Bergelut dengan 2 peragut

Menurut Atikah, peragut tersebut bertindak agresif dengan memecahkan tingkap keretanya semata-mata mahu mengambil beg tangan yang berada di dalam kereta tersebut. Atikah walau bagaimanapun sempat menarik semula beg tangannya itu daripada peragut berkenaan.

Suspek dah lama perhati

Tambah Atikah lagi, suspek dipercayai sudah memerhati pergerakannya sejak di lampu isyarat lagi. Tetapi wanita itu langsung tidak mengesyaki apa-apa sebaliknya hanya menganggap laluan terlalu sempit menyukarkan motosikal memotong.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menasihati orang ramai ramai terutamanya golongan wanita supaya lebih berhati-hati. Tidak kurang juga ada yang memberi pendapat supaya mereka meletakkan beg tangan di bawah kerusi dan bukannya di atas kerusi.

Nasihat netizen

Sumber: Atikah Zaini

SKIP THIS AD ×