berita

Tiba-Tiba Diserang Strok, Tangan Remaja Lumpuh Gara-Gara Main Game 22 Jam Sehari

July 14th, 2020 | by Arini Saleh
Kini Trending

Padah bermain permainan dalam talian selama 22 jam sehari, seorang remaja lelaki di Beijing China diserang strok secara tiba-tiba. Dia hanya tidur selama dua jam sehari dan menghabiskan masa bermain game selama sebulan dikuarantin di rumah.

Ketagih main game

Daily Mail melaporkan, dia dikejarkan ke hospital di bandar China Selatan selepas ibu menjumpainya tidak sedarkan diri di dalam bilik. Dia difahamkan tidak dapat menggerakkan lengan dan tangan di bahagian kiri.

Setelah menjalani rawatan CT scan, doktor mengesahkan remaja 15 tahun itu menghidap strok serebrum. Dia juga hilang deria di bahagian terbabit. Menurut doktor, kejadian itu berlaku disebabkan oleh gaya hidupnya yang tidak sihat selain berjaga sehingga lewat malam.

Punca sebenar adalah kerana dia tidur tidak cukup dan makan secara tidak teratur.

Kekurangan nutrisi dan tidur tidak cukup boleh membawa kepada kekurangan darah dan oksigen di dalam otak menyebabkan strok.

Remaja yang dikenali sebagai Xiaobin itu kini menjalani rawatan pemulihan di Hospital Nanning. Pakar terapi, Dr Jin, memberitahu sukar untuk dipastikan sama ada Xiaobin berjaya pulih sepenuhnya ataupun tidak.

Kunci diri dalam bilik

Foto: Nanning Television, Daily Mail

Lapor portal itu lagi, ibu remaja berkenaan mendedahkan anaknya berada di rumah sejak Februari apabila sekolah ditutup kerana penularan wabak pandemik. Katanya lagi, sepanjang tempoh itu anaknya hanya berada di dalam bilik tidur.

Dia kunci pintu. Kami tak tahu apa sebenarnya yang dia buat.

Saya nampak perbualannya dengan seorang rakan. Katanya dia tak cukup rehat dan hanya tidur dua jam sehari.

Apabila ditanya apa yang sedang dilakukannya, dia memaklumkan dia menghadiri kelas online.

Sumber: Daily Mail

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×