Pelakon, Mawar Rashid memberitahu dia berdepan masalah ‘anxiety’ dan serangan panik yang teruk sejak tahun lalu. Disebabkan masalah tersebut, Mawar bercadang untuk berjumpa pakar psikiatri bagi mengenal pasti masalah kesihatan yang dihadapi.
Tiba-tiba menangis dan sesak nafas
Pernah satu masa saya tiba-tiba menangis dan kemudian mula sesak nafas. Ingatkan masalah yang berlaku ini normal tapi beberapa kali insiden ini berlaku walaupun Cinta kini sudah berusia setahun. Jadi saya bercadang untuk berjumpa pakar psikiatri sebagai alternatif untuk mengenal pasti penyakit yang saya hidapi ketika ini.
Menurut Mawar, jadual kerjanya yang terlampau padat dan dia tiada masa untuk diri sendiri merupakan penyebab dirinya mendapat gangguan seperti ‘anxiety’ dan serangan panik. Tambah Mawar, dia perlu mempunyai masa untuk diri sendiri selepas ini walaupun jadualnya sangat sibuk. Ujar Mawar lagi, dia bersyukur kerana dikelilingi suami dan ahli keluarga yang positif.
Alhamdulillah Raf sentiasa ada di sisi apabila saya diserang ‘anxiety’. Dialah yang selalu tenangkan saya dan beri kata-kata positif. Raf selalu ingatkan saya untuk rajin membaca al-Quran dan berzikir. Katanya dua amalan ini adalah ubat terbaik untuk merawat masalah ini. Nasihat yang diberikan Raf itu sememangnya betul dan Alhamdulillah saya jadi lebih kuat sekarang dan dapat melawan penyakit ini perlahan-lahan. Gara-gara gangguan ini, saya juga tiada tidak selera makan dan ada kalanya saya banyak mendiamkan diri.
Sumber: Harian Metro