berita

Tiba-Tiba Ramai Rider Kuning Berkeliaran Di KL Sekarang, Siapa Mereka Ni Semua?

March 11th, 2022 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Lapar ni. Jom pesan delivery!

Sekarang dunia di hujung jari, ada internet, semua boleh jadi. Bukan setakat beli barang, sekarang nak beli makanan boleh pesan secara online. Tahu-tahu makanan sampai depan pintu. Siapa yang hantar? Mesti la abang dan kakak rider kita!

Korang yang duduk KL mesti dah selalu nampak rider berkeliaran. Betul tak? Dengar cerita, baru-baru ni pada 11 Mac 2022, banyak pulak rider kuning di sekitar KL. Takkan korang tak pelik kot? Siapa mereka ni sebenarnya eh? Datang dari mana?

Laa.. Rupa-rupanya mereka ni rider Lalamove yang sedang kolaborasi dengan Maybank!

Bukan korang je, kami pun terkejut wei. Patut la rider ni berpakaian serba kuning! Siap beg makanan delivery pun warna kuning tau. Sebenarnya mereka ni semua rider Lalamove yang sedang berkolaborasi dengan Maybank sempena kempen Sama-Sama Lokal.

Syoknya boleh order makan guna aplikasi MAE sekarang!

Platform Sama-Sama Lokal dah bantu ramai peniaga tempatan. Bukan setakat kedai makan tempatan je, korang boleh jumpa peniaga kita yang berniaga dari rumah jugak. Lagi best, korang boleh pesan terus dengan aplikasi MAE. Mudah dan cepat!

Kami faham ramai peniaga tempatan yang terkesan akibat pandemik yang melanda. Oleh sebab tu la, kami sangat kagum dengan apa yang Maybank buat untuk bantu peniaga tempatan ni.

Komisyen 100% terus kepada peniaga!

Selain tak kenakan sebarang yuran atau caj, Sama-Sama Lokal melalui aplikasi MAE tak ambil sebarang komisyen tau. Komisyen tu 100% terus kepada peniaga. Dapat la bantu para peniaga tempatan di kala pandemik yang melanda sekarang.

Kami tahu korang memang pantang kalau dengar pasal barang percuma ni. Mesti nak rebut kan? Korang tahu apa yang terjadi pada 11 Mac 2022?

Dapat beg makanan ringan secara percuma!

Korang dapat beg makanan ringan secara percuma di trak Kombi yang berada di pintu masuk The Starhill KL pada 11 Mac 2022? Bertuahnya korang! Totebag ni direka oleh ilustrator tempatan, iaitu Moodoodles @ Marissa Voo. Syok gila!

Dalam totebag ni ada banyak makanan ringan tempatan dibuat oleh para peniaga tempatan di Sama-Sama Lokal. Ada popcorn durian, kerepek salted egg, murukku dan sebagainya. Tengok ni pun dah terliur haih.

Semua makanan ringan ni dibungkus dalam satu totebag sebagai hadiah special untuk korang. Dapat beg ni nanti selfie la dengan rider yang friendly. Jangan lupa tag Instagram @mymaybank atau @lalamovemy sekali tau. Excited dibuatnya!

Selain dapat tengok ramai rider kuning berkumpul di The Starhill KL pada 11 Mac 2022, korang dapat saksikan persembahan teh tarik yang menarik. Paling best, korang akan dapat sebotol teh tarik untuk korang rasa sendiri. Confirm sedap!

Alamak, terlepas la pulak! Jangan risau. Korang masih boleh datang ke lokasi lain untuk dapatkan goodies Sama-Sama Lokal. Kali ni jangan miss okay?

Pada hari keesokannya iaitu 12 Mac 2022, 50 orang rider berada di Bangsar untuk mengagihkan beg makanan ringan dan baucar percuma. Mereka berkumpul di Q’bistro bermula jam 2.30 petang hingga 4.30 petang. Serius seronok!

Kemudian, hari keesokannya lagi iaitu 13 Mac 2022, 50 orang rider berkumpul di Uptown Damansara pulak. Korang boleh jumpa mereka di Curry Leaf bermula jam 12 hingga 2 petang. Jangan lupa dapatkan beg makanan ringan dan baucar percuma korang!

Cara mudah memesan makanan dengan Sama-Sama Lokal melalui aplikasi MAE

Eh, perut korang berbunyi ke? Tak sabar nak order makan la tu. Buka la aplikasi MAE sekarang. Meh kami ajar cara-cara order makan dengan Sama-Sama Lokal melalui aplikasi MAE. Kacang goreng je!

[LANGKAH 1] Layari Sama-Sama Lokal di aplikasi MAE.

[LANGKAH 2] Pilih peniaga dan mulakan pesanan.

[LANGKAH 3] Setelah membuat bayaran, tunggu sahaja pesanan anda sampai.

Korang akan nampak betapa banyak peniaga tempatan yang ada dengan Sama-Sama Lokal melalui aplikasi MAE. Tinggal pilih je kedai mana yang korang nak, lepas tu pilih makanan dan minuman yang korang craving. Memang syok!

Ada promosi diskaun 50% yang istimewa, sehingga RM12!

Eh, ada lagi! Kalau korang berbelanja minimum RM24 dengan Sama-Sama Lokal melalui aplikasi MAE, korang boleh rebut diskaun 50% sehingga RM12 tau. Promosi ni bermula 11 hingga 31 Mac 2022. Siapa tak nak diskaun kan?

So, siapa-siapa yang belum guna aplikasi MAE tu, cepat muat turun sekarang. Sekarang kan dah boleh pesan makanan guna aplikasi MAE je. Senang hidup korang nanti.

Lagipun, kita sebagai rakyat Malaysia kena la sokong peniaga tempatan. Jadi, tunggu apa lagi? Jom muat turun aplikasi MAE dan order makanan di platform Sama-Sama Lokal mulai sekarang. Kita kena sokong orang kita!

Untuk info lebih lanjut, korang boleh klik sini je ya.

SKIP THIS AD ×